Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

CHEF WAN MARAH ASTRO SEBAB CHEF RIZ (GAMBAR)

MEMALUKAN DIRI DAN ANAKNYA KERANA MEMPERINCIKAN PROFIL DAN BIODATA CHEF RIZ.
KUALA LUMPUR - Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.
Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.
Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada pihak yang tidak senang dan timbul perasaan hasad serta dengki.
"Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita.
"Padanlah muka dia," kata Chef Wan yang memberitahu isu itu secara tidak langsung menjejaskan reputasi Chef Riz.
Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babbo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.
Beliau merupakan salah seorang daripada lima juri dalam program MasterChef Malaysia yang bersiaran setiap Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.
Antara juri lain yang terlibat ialah Chef Zubir (Zubir Mohd. Zain), 45; Chef Priya (Priya Menon), 53; Chef Jo (Mohd. Johari Edrus), 55; dan Chef Yahya (Yahya Hassan), 49. - kosmo
Bukanlah silap si bapa jika anak sendiri berbuat salah. Bukan juga silap si bapa jika si anak dikatakan kurang didikan. Ramai orang yang menyalahkan si bapa mahupun si ibu kerana gagal dalam mendidik anak-anak. Namun percayalah pada satu pepatah lama..

"Bukan salah ibu yang mengandung kalau perangai anak macam hantu polong.."

Ambil juga iktibar kisah para Nabi dan Rasul kita. Contoh terdekat ialah Nabi ALLAH Adam A.S, adakah dia patut dipersalahkan kerana gagal mendidik anaknya Qabil sehingga menjadi pembunuh adiknya sendiri, Habil? Kita tidak pernah menyalahkannya bukan? Malahan dia tetap Rasul yang kita wajib percaya.

Juga adakah salah Nabi Nuh A.S jika anaknya sendiri iaitu Kana'an tidak mahu mengikuti ajarannya sehingga maut di telan banjir besar? Sudah pasti tidak bukan? Sedang kita tetap percaya dia adalah salah seorang Rasul Ulul-Azmi...

Jadi janganlah disalahkan si bapa mahupun si ibu...tapi salahkan si anak kerana tidak mahu mendengar kata dan menggunakan akal fikir yang telah di anugerahkan kepadanya...

Psst~! : Jika kamu menjadi seorang bapa, kamu pasti tahu perasaannya... Jika tidak, lebih baik kamu diam!
0 Komentar untuk "CHEF WAN MARAH ASTRO SEBAB CHEF RIZ (GAMBAR)"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD