Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

BEKAS KAKITANGAN GROUPON DI SAMAN KERANA BERKERJA DENGAN GOOGLE

Dua orang bekas kakitangan dan pekerja kepada sebuah company iklan antara yang terbesar di dunia, Groupon telah di saman kerana meninggalkan syarikat mereka untuk bekerja dengan Google.

Saman itu difailkan di Mahkamah Cook Country, Amerika Syarikat atas tuduhan membawa bersama maklumat rahsia yang mereka dapati di Groupon untuk menerima tawaran Google di bahagian Google Offers.

Dua bekas pekerja itu adalah Micheal Nolan dan Bryan Hanna di mana kedua-dua mereka bekerja selama 15 bulan dan 9 bulan di Groupon sebelum berhijrah ke Google Offers. Google Offers menawarkan konsep yang hampir sama dengan Groupon iaitu "daily deals". Jadi tidaklah memeningkan kepala untuk memikirkan apa sebabnya mereka di saman kan?

Micheal Nolan dan Bryan Hanna adalah pendatang baru dalam kelompok tenaga kerja Groupon. Menurut akaun LinkEdIn mereka, Kedua-duanya adalah lulusan De Paul University dan Michigan State University.

Goole tidak mahu mengulas mengenai perkara ini. Kerana bukan mereka yang terlibat dia dalam saman yang difailkan oleh pihak Groupon tersebut.

Inilah padahnya kalau terlalu mengejar wang, sampai lupa di mana bumi di pijak. Tak apa kan? Google kan boleh bayar lagi mahal gaji mereka. Ya kan? Hehehe...

Kita tunggu saja apa keputusan saman ini nanti. Kalah atau menang?
2 Komentar untuk "BEKAS KAKITANGAN GROUPON DI SAMAN KERANA BERKERJA DENGAN GOOGLE"

lg kena saman, lg org akn nmpk diorang berdua ni hebat dan dua2 syarikat bergantung pd diorang

huhu tu la terlalu mengejar wang..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD