Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

BALIK JUGA AKHIRNYA KAU YA ZUHRY DARKBATMAN?? :P

Bismillahirrohmanirrohim...

Akhirnya kembali juga sang kelawar gelap dari pertapaannya.. Pergghhh~! Aku gembira ya amat nih... Selamat kembali bro... tanpa kau..aku rasa Darkbatman.com tiada erti..keh keh keh..

Aku ingin sekali nak bercerita perihal dunia blogger....dunia blogger yang penuh hipokrit...dunia blogger yang penuh dengan backstabber... atau dengan bahasa mudahnya, penikam belakang atau pengkhianat...


Blogger yang bersifat backstabber ini ramai...depan kita dia bermuka-muka...konon-konon baik... belakang kita dia buruk-burukkan kita... tak boleh nak tengok kita senang... aku sendiri pernah mengalaminya...dan aku rasa ramai yang pernah mengalaminya... Aku tahu itu...

Blogger backstabber ini adalah blogger yang bersifat talam dua muka... aku kalau jumpa blogger macam ini...memang penyepak aku hinggap kat muka dia...peduli hape aku dia anak orang besar-besar ke..anak gangster ke...atau siapa sahaja... blogger yang bermuka-muka macam ni memang tak layak jadi blogger...jadi pencuci tandas lagi baik..duit halal...tak menyakitkan orang...syukur pada nikmat...

Yang keduanya, blogger popular yang terlalu berperasaan bahawa dialah yang terbaik dalam komuniti...sampaikan nak suruh orang lain ubah satil penulisan blog konon-konon tiru dia punya stail...ewaaahhh...ewaaaahhh... bukan main lagi kamu ya... apa setiap patah ayat yang kamu tulis itu sama dengan apa yang orang lain tulis?? sudah pasti tidak akan pernah sama...

Lagipun jika dia menulis seperti itu, apakah salahnya?? Mungkin saja dia menjadikan kamu sebagai inspirasinya dalam menulis? Aku sendiri yang banyak sekali orang membikin entri mengikut gaya penulisan aku, tiada pula aku mahu rigid... tiada pula aku mahu orang lain ubah stail penulisan mereka hanya kerana kemungkinan kecil mereka menyamai gaya penulisan aku...

Gaya penulisan bukanlah penting sangat....yang penting isi... isi itu yang mahu orang baca...gaya penulisan hanyalah ibarat lenggok tari....lenggok tari yang membolehkan orang menikmati muzik dengan lebih ceria... muzik dalam ertikata di sini adalah isi entri...

Yang ketiganya... ramai blogger kini adalah blogger yang rajin untuk update entry..mereka adalah blogger-blogger yang berjaya...(aku tidak)...blogger yang berjaya adalah blogger yang tahu apa ertinya menjadi seorang blogger... bukan basa-basi..bukan juga main main..mereka berusaha untuk mencapainya...

Baiklah...sampai di sini sahaja apa aku nak tulis... jumpa lagi di entri yang lain berkaitan dengan dunia blogger...

Tidak lupa...SELAMAT KEMBALI KEPADA ZUHRY DARKBATMAN!

Salam perjuangan wahai sekalian... (^_^)

Salam hati buat sang penyair dan pemuisi...(^_^)
2 Komentar untuk "BALIK JUGA AKHIRNYA KAU YA ZUHRY DARKBATMAN?? :P"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD