Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

ANAK HALAU IBU KERANA TAK DAPAT RM10

Pendekar tak tahu nak cakap apa pasal benda ni...Dah masuk suratkhabar pun. Kes seorang anak yang meng halau ibu dan ayahnya kerana tidak memberikan duit RM10 yang di minta olehnya. Kes ini berlaku di kampung Sungai Merali di pinggir Kuala Lumpur.

Tahulah bahawa hidup di kota penuh cabaran. Sehingga menyebabkan manusia hilang rasa perikemanusiaan, juga rasa kasih dan sayang...percayalah...amat sukar untuk menemui kasih sayang di tengah-tengah himpitan kehidupan kota metropolitan..Namun itulah harga yang terpaksa di bayar untuk sebuah kemajuan...

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak memberi wang RM10, sepasang suami isteri warga emas dihalau anak lelakinya yang berusia 32 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Merali, di sini, kelmarin.

Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.


Katanya, nasihat itu menyebabkan anak lelaki mangsa marah dan mengamuk sebelum memecahkan barangan berharga.

“Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.


“Permintaan itu tidak dihiraukan menyebabkan anaknya mengamuk,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, anak lelaki mangsa juga mengugut mahu mencederakan ibu bapanya, namun tidak sempat apabila mangsa mengelak dan mengugut mahu keluar rumah sekiranya perangai anaknya tidak berubah.

Katanya, ugutan itu menambahkan kemarahan anaknya yang menghalau kedua-dua orang tuanya itu.

“Tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka meminta wang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak sejurus kejadian,” katanya.

Lihat? Kehidupan beginilah yang ada di sekeliling kita...(^_^)
0 Komentar untuk "ANAK HALAU IBU KERANA TAK DAPAT RM10"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD