Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

TIPS SEO : MERINGANKAN BLOG UNTUK TINDAKAN YANG SETERUSNYA.

TIPS SEO INI DIBAWAKAN UNTUK KHAS UNTUK ANDA


Assalamualaikum. Kali ini pendekar akan kembali semula kepada anda untuk menambahkan kesan seni permainan SEO yang kini telah pendekar tinggalkan agak lama juga. 

Kali ini pendekar akan kongsikan aspek penting permainan SEO khas untuk blogger blogspot. Apa yang paling penting dalam permainan SEO adalah seni memecahkan keyword protokol yang membelenggu sesetengah blog. Tapi terlebih dahulu pendekar kongsikan di sini bagaimana untuk meringankan blog anda.



Sebelum pendekar teruskan, pendekar nak tanya pendapat anda, loading time blog ini berat tidak? Lama tidak? Kerana pendekar telah membuang beberapa aspek penting yang biasa ada dalam blog ini untuk mengurangkan berat blog dan memberikan lebih kesan kepada crawler robot. Kerana jika lama sangat nak loading blog, ia akan memberikan kesan yang sangat besar kepada BOUNCE RATE blog anda. **bagaimana untuk mengurangkan bounce rate akan pendekar kupas dalam entry yang lain.**

Jadi di sini adalah untuk memberikan penerangan kepada anda mengenai bagaimana untuk mengurangkan berat blog anda supaya cepat diindeks oleh enjin carian dan loading time nya akan cepat. Pertama sekali yang pendekar buat di sini adalah mengenai comment form, INTENSE DEBATE. Pendekar telah buang comment form tersebut untuk mengurangkan lagi masa untuk blog ini loading. 

Yang keduanya, iklan, pendekar dah buang iklan di atas entry kerana terlihat agak menyukarkan pendekar untuk mengurangkan loading blog ini. Bounce rate blog ini sangat tinggi...(70%)..sebelum ini cuma 30-40% sahaja....

Keduanya, pendekar akan cuba untuk mengurangkan aliran keluar link ataupun biasa dipanggil outbound link dan meningkatkan link dalaman, iaitu inbound link yang mana inbound link ini kita berikan pautan kepada entry-entry kita yang sebelumnya. Tapi nasihat pendekar. Untuk setiap entry, jangan lah terlalu banyak inbound link. Seelok-eloknya, anda hanya meletakkan maksimum 3 link kepada entry yang sebelumnya. Jika tidak, blog anda akan mengalami inbound link yang tinggi yang bila didapati oleh crawler robot, akan di cop sebagai tidak berkualiti.

Itu untuk blog pendekar, bagi blog anda yang pendekar pasti ada masalah kelembaban loading time. Seelok-eloknya ambillah langkah-langkah di bawah ini. Ia untuk kepuasan anda dan juga pembaca dan pelawat blog anda sendiri.

Di antara beberapa cara dan kaedah untuk meringankan berat blog adalah dengan langkah di bawah :

1. buang widgets-widgets yang tak perlu seperti jam, counter dari WIDGEO (memang annoying sebab bila klik page akan keluar iklan.), feedjit (pun sama macam WIDGEO) dan widgets2 lain yang berterabur di dalam blog anda.

2. Buatkan bloglist anda supaya boleh view cuma 5 blog teratas sahaja. Anda boleh setting sendiri berapa banyak anda nak di tampilkan di blog. Ingat, 5 maksimum akan membantu mempercepatkan loading blog anda. Jadi pembaca tidak akan menunggu lama.

3. Buang pautan ke iklan yang berlebihan. Semakin banyak iklan, semakin berat loading blog anda.

4. Sembunyikan shoutbox anda. Shoutbox yang tersembunyi lebih baik daripada shoutbox yang terpampang jelas.

5. Buang sebarang backlink icon yang tidak diperlukan. Semua itu tak perlu. Jika website anda mempunyai kualiti yang tinggi, SEO LINK sebenarnya tidak perlu. Ramai yang tidak tahu apa-apa mengenai backlink dan hanya mengcopy pasti code banner yang diberikan dan dimuatkan di dalam blog sehingga menyebabkan blognya bukan sahaja tidak mendapat apa-apa malah membebankan blognya sendiri.

Ada juga sesetengah blogger yang menipu di dalam SEO link dan FREE Backlink ini di mana dia memuatkan code IFRAME di dalam code banner yang diberikannya itu. Pendekar sudah lama memerhatikan perkara ini. Tindakan masih belum boleh di ambil kerana pendekar masih mahu memberikan peluang kepada blogger tersebut untuk sedar diri.

Sehingga itu, sekian sahaja yang dapat pendekar kongsikan kali ini. Mari kita sama-sama meringankan blog masing-masing dan menambahkan keceriaan kepada para pembaca blog kita. 

Selamat berblogging...


Salam Hati dan terima kasih kerana MEMBACA...(^_^)


Bunga Seni : dalam setiap tindakan ada kaedah dan caranya yang tersendiri... kaedah dan cara itulah yang menghasilkan seni...kerana kaedah seperti itulah SENI PERMAINAN SEO ini terhasil...(^_^)



Siapa kenal wanita ini? Saja nak promote. Jom singgah blog dia, Pencetus evolusi dunia dalam FB...
7 Komentar untuk "TIPS SEO : MERINGANKAN BLOG UNTUK TINDAKAN YANG SETERUSNYA."

uit,ada gambar awek cun pulak...


PB...bagi aku la kan,blog ni dah jadi better daripada sebelum nie...

hope dapat usha blog den lak,berat ke tidak...

kat sini: http://azrijohan.blogspot.com

@azrijohan

awek apanya... bini orang tu...hahaha...

okay..nanti den usha..

salam..
agak laju juga loadingnya blog pendekar dari dulu..terima kasih perkonsiannya ini

Aku sayang tul nak buang ID tu...tang tu yg susah sikit..
Err...andaikata outbound link (yg lama2) tu aku buang cam ne jadiknya bro??

btul tu PB, baru2 ni sy request sorang kwn remove satu widget yg menyebabkan blog dia loading amat2 slow hingga sidebar x kuar langsung.. dh remove tu, loading dia smakin elok..

*PB, sy pun jarang2 dpt singgah semua blog.. yg mana sempat kita singgah laa yer ^^

tgh cuba meringakn apa yg patut pendekar..sbb berat sudah sampai 101kb..mau ikut mcm faisal punya belog..ringan aje

Entri Terbaru Saya:
Cara Terbaik Untuk Boikot Yahudi

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD