Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

TIPS BLOGGING : ALEXA RANK

Sekarang ni ramai betul blogger yang berkata mengenai kepentingan Alexa Rank. Nampaknya semakin ramai yang celik ilmu mengenai Alexa Rank. Antara blogger yang berkongsi pengetahuan mengenai Alexa Rank adalah Izamir Ridzwan, Faizal Fredley dan juga Angin Malam.

Memang terbaik perkongsian yang anda lakukan. Pendekar sebenarnya sudah lama mengulas mengenai kepentingan Alexa Rank ini di dalam blog kita. Namun nampaknya ramai yang tertinggal entry tersebut. Maklumlah siapalah yang ingin baca mengenai Alexa Rank sebelum ni kan?

Jadi, kali ini pendekar kongsikan sekali lagi mengenai Alexa Rank dan kelebihannya kepada blog anda.


APA ITU ALEXA RANK?

Alexa Rank adalah ranking trafik yang mengalir ke blog anda. Kedudukan alexa rank ini diberikan kepada blog-blog yang berjaya mengekalkan aliran trafik ke blog mereka secara konsisten. Sama ada sedikit ataupun banyak, kalau aliran trafik ke blog tersebut adalah konsisten, maka Alexa rank blog tersebut akan konsisten naik tak kiralah kalau trafik anda cuma 300-400 sebulan.

Bagi blog-blog baru, alexa rank mereka adalah sangat tinggi iaitu sehingga juta-juta nilainya namun jika mereka berjaya mengekalkan trafik secara konsisten ke blog mereka dengan kerajinan mengupdate entry, maka, alexa rank tersebut akan menurun dengan konsisten juga.

Semakin rendah nilai Alexa Rank sesuatu blog, semakin tinggi dan konsisten aliran trafik ke blog tersebut. Ini adalah sesuatu yang semua blogger perlu tahu terutamanya jika anda ingin membuat pendapatan sampingan dengan berblog.

BAGAIMANA GOOGLE MENGAPLIKASIKAN ALEXA RANK.

Bukan setakat Google sahaja, malah semua Enjin carian di seluruh dunia mementingkan nilai alexa rank kerana bagi mereka blog-blog yang memiliki alexa rank yang rendah adalah blog blog yang penuh informasi dan sangat dipercayai oleh pelayar internet. 

Jadi sudah pasti blog-blog tersebut menjadi keutamaan kepada enjin-enjin carian dalam proses pengindeksan. Abaikan sahaja jika anda hanya memiliki PR telor ayam mahupun PR setinggi langit sekalipun, jika alexa rank anda bernilai juta-juta, tiada gunanya dalam pengplikasian SEO. Percayalah~!

Apa yang pendekar kongsikan ini adalah untuk memudahkan pemahaman anda mengenai ALEXA RANK. Ingat ya, semakin rendah alexa rank anda, semakin tinggi kepercayaan enjin carian kepada blog anda. Di situlah kelebihan alexa rank.

Ambil sahaja kelebihan yang dimiliki oleh blog RedMummy. Walaupun blog tersebut lebih bersifat peribadi dan personal. Jika secara tidak sengaja RedMummy bermain dengan SEO, secara automatiknya blog beliau akan berada di dalam kedudukan yang tertinggi di dalam enjin carian dalam pencarian keyword SEO.

Jadi, jangan abaikan kepentingan untuk merendahkan Alexa Rank blog anda. Kerana dengan alexa rank itulah semua kelebihan blog anda terpapar. Juga pihak pengiklan malah advertiser sanggup untuk membeli blog anda dengan harga ratusan malah jutaan ringgit jika blog anda penuh dengan informasi yang berguna.

Ranking alexa terbahagi kepada dua iaitu ranking peringkat global yang mana jumlah trafik pengguna internet global ke blog anda dan juga ranking peringkat lokal iaitu trafik yang diperolehi dari dalam negara. Semakin rendah nilai ranking tersebut, semakin BERNILAI blog anda.

Maka, apa yang anda tunggu lagi... teruslah merendahkan ranking alexa blog anda dengan bermain seni permainan SEO yang berkesan. Semoga anda juga mampu berjaya seperti mana blogger-blogger lain di seluruh dunia. Amin.

Sehingga sini sahaja yang mampu pendekar kongsikan kali ini. Jumpa lagi.

Terima kasih kerana membaca...


21 Komentar untuk "TIPS BLOGGING : ALEXA RANK"

PB, cer tgk alexa rank IR dah bape.. hihihi

heheheh... ni mesti sebab tadi kannnn ^^

wah..best la info ni...tahniah pb sebvab buatkan ct faham..hehehe

aku tak faham apa tu ranking alexa..penting ker?? mcm mane nak cek???

Alexa ranking dlm blog cabuk saya juga pada tahap juta2 (peringkat global), peringkat lokal pula ribu2 (15,675), apo nak dikato blog cabuk, terpaksalah terima kenyataan...hihihi

tapi kang bang.., kalau kita tuka domain rank kita jatuh kan..,

saya ada niat nak tuka domain.., tapi syg pulak rank jatuh mcm mana bang..

betul ker kalau pakai domain rank cpt naik..

sori la byk tanya

@Ujang9897 mula2 mmg jatuh skit, pastu akan cepat ja naik. Cuba tanya IR tue, he3...

Thanks da info bro, gua belajar pelan2 pasal seo dan cara menaikkan PR...cuma gua x yakin lagi nak berdomain sendiri, walhal dh banyak baca ttg kelebihan domain sendiri nih....kalau la ade geng2 dekat ngan gua yg boleh bincang ttg mende ni dh tentu pandangan gua bertukar...

Nasib Komando Malaysia

bnice info PB.. terima aksih bebabnyak

Thanks pen atas info ini..sangat berguna...nak pastikan alexa ellen maintain ler..tapi ni asyik jatuh jer ni..hehehe...

terimakasih ane dapat pencerahan tentang alexa

e-mediagratis.blogspot.com

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD