Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Tips Blogging : Entry Yang Membunuh Tapi Isi Yang Penuh Ilmiah

Berkongsi pendapat dan pandangan lebih baik daripada mencanang keburukan kepada khalayak. Janganlah kerana ingin mendapatkan trafik yang tinggi. Kita terlupa pada batas-batas adab dan peraturan agama dan kemanusiaan okay?

Kali ini pendekar nak kongsikan bersama anda bagaimana caranya untuk membuat entry yang membunuh tapi isi yang penuh ilmiah dan kesedaran. Mengambil kesempatan di atas isu untuk menyampaikan dakwah dan pengajaran.


Bukannya menyebarkan aib konon untuk merubah seseorang itu. Tapi kita sama-sama berdakwah merubah persepsi orang ramai khususnya masyarakat Islam sendiri supaya jangan suka menyebar aib saudaranya sendiri. InsyaALLAH, jika kita berbuat demikian dengan penuh ikhlas dan jujur, rahmat ALLAH pasti akan bersama kita. Kerana apa? kerana kita membantu melindungi keaiban saudara kita sendiri dan bukan menyebarkannya yang sudah pasti akan memberikan impak yang tidak sedikit kepada sang pelaku dan juga kepada pemikiran masyarakat.


Jika pendekar tanyakan kepada kalian, mahukah jika seseorang yang berjalan bersama kalian misalnya, adik kalian sendiri, atau ibu dan ayah kalian sendiri, dan kalian bersikap mesra kepadanya, tetapi orang lain akan berfikiran serong terhadap kalian. Mengumpat dan mengata di belakang kalian bahawa kalian berbuat onar bersama ahli keluarga kalian sendiri. Mahukah kalian menjadi mangsa seperti itu?? Sudah pasti tidak bukan?


Namun kalian harus tahu juga bahawa bukan mereka yang memulakan segalanya. Tetapi akibat berita-berita dan keaiban yang kalian tebar di merata-rata ceruk rantau dunia. Yang mengakibatkan pemikiran mereka menjadi seperti itu lantaran hambatan dan sumbatan tanpa henti isu-isu yang mengaibkan kepada mereka. 


Jika kalian lihat dengan teliti, betapa dahulu mereka-mereka yang berpakaian tudung labuh dan berjubah itu sangat di hormati. Namun kini, mereka mula menyoal dan mengutuk keji keperibadian muslimah yang menutup aurat penuh ikhlas ini~! Ini semuanya salah kalian wahai sang penyebar aib~! Mahukah jika pendekar telanjangkan kamu di hadapan orang ramai dan membiarkan kamu dikutuk dikeji oleh orang ramai seperti apa yang telah kamu perbuat terhadap saudaramu yang lain?? Sudah pasti kamu tidak akan mahu bukan?? Makanya jangan cuba tunjuk lagak alim ulamak kononnya menyebar aib untuk memberikan pengajaran kepada orang ramai~! Ciss~!


Entry Fasha Sandha Berbikini ?? Banggakah Kalian yang telah pendekar publishkan sebelum ini adalah bukti bagaimana pendekar menyuarakan pendapat pendekar terhadap isu ini. Pendekar mahu mereka-mereka ini tahu untuk belajar menutup aib dan bersikap baik kepada saudaranya sendiri dan bukan menolong dengan menelanjangkan maruah saudaranya kepada orang ramai~!!


Inilah hasil permainan Keyword SEO Pendekar Berkuda~! Lihatlah keputusannya di Enjin Carian~!



Sepatutnya kedudukan entry untuk keyword ini masih lagi di Page 1 sebelum jam 7 petang tadi. Namun kedudukannya perlahan-lahan di ambil alih oleh mereka-mereka yang mencari gambar dan isu-isu panas yang dimuatkan oleh entry-entry kalian~! Jika kalian baca entry Fasha Sandha Berbikini ini, kalian akan dapati bahawa tiada satupun kehendak kalian yang pendekar penuhi di dalamnya. Namun kalian akan lihat. Betapa ramai yang mampir ke blog pendekar ini untuk keyword tersebut. 





Pendekar publish entry tersebut ketika isu itu sudah suam namun masih membara kerana perbuatan manusia-manusia syaitan bertopengkan ISLAM ini~! Oh, maaf...pendekar emosi di sini. Namun sebenarnya emang pendekar sangat marah sebenarnya. Kalian bisa sahaja mengambil kesempatan terhadap isu-isu ini dengan berdakwah kepada mereka-mereka ini. Dan bukannya memenuhi kehendak naluri nafsu yang tidak kena tempat itu~! 


Tidak bisakah kalian mencari idea yang lebih baik daripada isu-isu bangkai ini? Apakah kalian gembira dengan menelanjangkan maruah orang lain kepada khalayak ramai? Apakah kalian tidak memikirkan bahawa orang yang kalian telanjangkan itu adalah saudara kalian sendiri? Apakah kalian tidak terfikir akan apa yang akan diperkatakan oleh kaum kuffar mengenai umat Islam kita ini?


Tepuk dada. Tanyalah hati. Jika aku telanjangi maruahmu di dalam ini, mahukah kamu wahai sang penyebar aib~~??!!! Kerana jika aku ingin bertindak seperti itu, kamu sudah pasti akan lebih teruk daripada apa yang dialami oleh Fasha Sandha dan Siti Saerah itu~!!!


Sekian, salam perjuangan dari pendekar berkuda...

18 Komentar untuk "Tips Blogging : Entry Yang Membunuh Tapi Isi Yang Penuh Ilmiah"

betol3..fiqah stuju...seandainya nk mengur...ada caranya yg dh digariskan oleh syarak...=) btw..nice entry..fiqah setuju sgt...

betul tu, sebab tu aku tak post pasal tu..=)


btw, aku ternampak nama aku disitu..kehkeh

sy dh pun private kn entri saerah tu..

mnsia tdk terlepas mbuat keslpan termasuk sy,kalo ada tolong mafkn..heheee
mat pagi pendekar^^

salam

atas masing-masing, tapi kalau bab artis telanjang ke kena tangkap basah ke, syira tak suka tulis.

tapi atas masing-masing, ada benda tak salah dah kalau dah terang2 kuar kat paper...

@sissyira

terang-terang keluar kat paper tak menghalalkan kita untuk menambahkan keaibannya lagi... tidak semua orang baca paper okay~!

lagipun kebanyakan isu-isu ini mula-mula sekali keluar di internet sebelum merebak ke luar dan panas di dalam akhbar. so, anda dapat fikirkan di mana segalanya bermula kan??

hai,,,ni org pgl tknik SEO kan??bru blajar2

Ikut kata2 PM, berblogger secara berhemah..

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

singgah pagi dari mknace unlimited

eee...tak suka citer2 artis ni.

wah..hebat2..sila tolong atie wat tajuk entry pasni..hehe

terima kasih...boleh tolong nasihat menasihati....

betul..setuju dengan pe yg pendekar ckp..tolong lolaa cari idea..takde idea nak publish ni..

Setuju.

Tahniah kerana berfikir di luar kotak fikir melayu dan islam yang hanya tahu menuding jari pada keburukan orang, tapi tidak menilik diri sendiri, tidak mengambil iktibar peribadi.

betul tu..aku tak kesah entri pasal apa..asalkan selitkan la unsur kesedaran..baru menarik =)


Check it out Entri Paling Best !
# Isteri Mengidam Makan Babi !#
# Cara Buang Windows Genuine Notification#
# Awek Leggings Ketat Seksi #



cayalah pendekar =p

Kita mahukan entri yg penyampaian killer tapi isi lemah lembut. bolehkah gitu?

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD