Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Auto Blogwalking Itu Apa ?? Bagaimana Mereka Buat ?

Pendekar penat dan lelah dengan penipuan segala. Penat dan lelah untuk membantu anda, penat dan lelah untuk menyedarkan anda tentang semua ini. Pendekar bangkitkan perkara ini bukan mahu mencetuskan kontroversi semata. Pendekar bukan mahu menyebar aib segala. Pendekar sangat marah. Marah kerana mereka-mereka ini melakukan penipuan. Penipuan kepada blogger-blogger baru. Dan lebih mengejutkan lagi. Pendekar sebenarnya dah lama kena tipu oleh mereka. Hanya baru kali ini sahaja pendekar dapat tahu kebenaran ini~!! Selama ini pendekar diperbodohkan oleh mereka rupanya??

Meski ilmu mereka dan info-info mereka itu bagus. Tak perlulah menipu sebegitu rupa. Perkataan "singgah sini" , "dah follow u, follow me back" , "up trafik tinggi-tinggi", " datang ketika tuan belog dah tido", tapi sebenarnya tak ada pun mereka-mereka ini datang~! Pendekar sangat sakit hati begini tau~! Sangat sakit~! Mati-mati percaya bahawa mereka datang ke mari. Huh~! Bodoh betul kaw ini pendekar~! Miyahaahhahaha~! *gelak keji pada diri sendiri...

Isinya, bagaimana mereka melakukannya?? Mari kita kupas. Apa sebenarnya Auto Blogwalking ini??

Auto Blogwalking ini sebenarnya ada banyak cara, antaranya adalah cara yang best dan sah seperti.
1. Software blogwalking seperti yang disediakan oleh blogger Sepaku dan ar-Rifke.
Meskipun mereka tak datang ke blog kita dan tak singgah ke ShoutBox kita, tapi jejak mereka dapat dikesan dan trafik kita masih lagi naik.
2. BlogLarian - kaedah terbaru berblogwalking. Bukan menipu kerana mereka yang menggunakan BlogLarian ini memang masuk ke blog pengguna. Nak tinggalkan jejak? Taip sendiri kat shoutbox or ruang komen.
3. Blogwalking Software seperti yang disediakan oleh MuJe Hebat. Memang terbaik la dude. Tapi apasal la ang senyap je sekarang ni ek??
4. Kaedah yang dipakai oleh Matahaw. Meskipun trafik yang diberikan adalah tidak diketahui. Namun tiada penipuan di situ kerana trafik itu adalah real dan pasti. (ini untuk menjawab soalan beliau sendiri di dalam entry terbarunya).
Yang di bawah ini pula adalah cara auto blogwalking yang haram lagi tidak sah~! Sangat menipu sebenarnya~!
1. Software Auto Blogwalking yang dipasarkan oleh abcdead.com yang hanya menumpukan shoutbox sahaja tanpa perlu menyinggah ke blog owner. 
2. Teknik kotor mencuri shoutbox para blogger dan meletakkannya di dalam satu blog seperti yang telah pendekar huraikan di dalam entry sebelum ini~!
3. Lain-lain kaedah yang menampakkan bahawa terdapat penipuan trafik di dalamnya. Lain kata, hanya trafik sehala kepada blogger yang menggunakannya.
Dan pendekar nak beritahu anda, Ellen @ MummyNemo Dot Com tidak langsung terlibat dengan perkara ini. Pendekar harap anda membaca entry pendekar dengan teliti sebelum mengambil tindakan selanjutnya~! Nanti anda pula yang pendekar tikam~! Awas tu~! 

Kerana itulah pendekar sangat sakit hati bila ada ramai sebenarnya yang lebih rela jadi penipu dalam blogwalking ni~! Kalau dah malas tu tutup je blog tu~! Tak payah jadi blogger~!
65 Komentar untuk "Auto Blogwalking Itu Apa ?? Bagaimana Mereka Buat ?"

:) :) :)
releks bro..
terbaeekkk!!!!

singgah pagi dari mknace unlimited

bru sudah bc senarai nama blog yg buat penipuan nie... cisss rasa oren je.!!!!
sumpah nk maki n melempang sekoq2 tu... haish....

woo..pagi2 anda sudah marah..sabar ye..arini ari cuti..sila bercuti ngan selesa..hehe..

tp suka entry ni~(^_^)

fuh..minx2 le dijauhkan manusia2 ni dar blog aku...

betul..betul..betul...walk la sendri kan...nak gi jenguk blog pun pakai lrt..

saya adalah salah seorang pengguna traffic dari encik matahaw..alhamdulillah tiada penipuan seperti apa yg encik pendekar maklumkan di atas..time kasih pendekar :)

Entah la.... Tak tau nak ckp apa dah....huhu..

Nk tanya ni, cmner nak letakkan entry dlm scroll ni ehh... Mcm berkenan lak nak buat cmni.. Boleh jimat ruang...

Tenkiu....

blogwalking memang salah satu cara nak uptraffic tapi itu lahiriah jekk...

secara zahiriah lak, blogwalking salah satu cara nak tambah ilmu dalam otak walaupon kekadang info yg dorang bagi tu sebesar zarah jekk!dah nama blog kan..xkan nak letak info cam buku teks sejarah eyk!

nak baca buku confirm xtau nak baca ape n malas..so telan je la ape yg dorang hidangkan kat kita..tapi kena tapis gak la..mane baik n burok..

so, jgn la nak pura2 blogwalking yer..penat pada org bagi info free kat kita..huhuhuhu~~

p/s:panjang lah lak komen ni!

@ADfeez

ikutkan hati bukan setakat maki dan pelempang dah.. tapi termasuk semua sepak terajak sekali...

tapi tal berbaloi pulak rasanya kan kan kan??

@~ Kak Azz ~

nak buat cam tu?? sila search kat blog pendekar ya.. ada search box kat tepi tu atas widget "Sahabat Seperguruan"

Search "Scroll Box"

semoga membantu..takpun anda boleh search scroll box kat google ya...

Teruskan perjuangan bongkarkan segalanya,lama kita ditipu hidup2

blogging pon nak tipu ker?kelakar siot. patot la sebelom nie aku asyik nampk blogger yg same masuk blog aku pastu tulis kat shoutbox.igtkan dia rajin bw. hampeh.

tak sangka kan dorg wt gtu..
tapi kalo msj yg dtgnye dr FJ kata singgah sini tu mmg FJ dtg betul2 ye..huhu

wuahh!! pendekar memang berani hehe... bagus2.. matdin setuju tu hehe..

jemput sini yer
blog Matdin

Pendekar, nak tanya.... Semua blogger ni hanya sekadar mengejar traffik untuk dapat earning je ke?? Aku tak tau sebab masih baru dalam dunia ni. Apesal tengok banyak blogger entri tak dak isi pun.. Tapi traffik punya high.. Kadang-kadang tu kalau masuk blog orang tu, tak tau nak komen apa sebab takda benda pun yang dapat. Bagi aku, aku tak kisah sangat pasal traffik untuk earning ni. Yang aku harap orang baca blog aku je. Sebab tu shoutbox aku dah buang. nanti masuk tulis menda kat blog ja.. bukan baca pun... aku bagi benda tapi orang hanya sekadar singgah nak tulis kat shoutbox, baik tak payah kan...

terima kasih Pendekar Berkuda.. sy dah abadikan entry ni dlm matahaw.blogspot.com..

Haw masih fikirkan samada nak buang shoutmix & cbox tu ke tak

stuju dgn kata2 pendekar berkuda!

blogger kene sedar hal ni kan...

nasib baik ade pendekar kuda..tolong ajar n dedahkan sume ni..sgt bagus utk blogger br nk meniarap cm sy ni..heheh..mekaseh yee

Tu la bro.. kena lock pagar shoutbox tu betul2.. biar dorang tak dapat pecah masuk rumah.

huhu ..
nk cube buat jugak la autoblogwalking tu ..
nk naikkan traffic gak ..

:p

@cik Ladies

hehe.. anda nak menaikkan kemarahan pendekarkah??

@Jebat Malaya

janganlah cakap camtu.. kan ada banyak software blogwalking kat atas tu?? Mana tahu dia nak guna yang best dan sah ke kan??

Kalau yang tak sah dan haram tu lainlah... hehe..

@Jericho


betul tu jerry... kamu ada cara tak nak lock pagar tu betul2? elak dari kena hack.. kalau ada, kongsikanlah..

@cik Ladies

cubalah...tapi ambil hanya yang baik saja ya.. jangan guna yang salah lak..

Thanks Pen kerana sharing maklumat ni dan tolong ellen gak bersihkan nama dari si polan tu..
Persahabatan lebih bernilai dari pendapatan...thanks juga atas persahabatan Pen selama ni...

@Ellen

sama-sama ellen.. kita sama-sama naik... cuma ellen je yang naik lebih cepat... huhu...

hohoho..dla pun prnh wat en3 psl ni..yg lbh bengkerk bile sng2 je soh kite komen en3 dia..dia bc pun x, apatah lg nk komen kan..org yg gune software auto BW ni mmg loser la..tp ramai lg yg tertipu, mmg kesian org2 yg xtaw ni..

ilmu bila disalahguna mmg begini jadinya...

esok adalak kes komen tipu..haha abaikan,,huhu..'
semoga kita menjadi blogger yg bermaruah..peace no bw sehala..huhu

when people blogged juz for money, they've kill the passions and values of blogging.. sedih..

ooooo... depa buat lagu tu kaa... erm kalau x de shout box tak ley la buat camtu iye? huhu.. nk kesan cemane? cam saye ni mane la nak tahu.. betul ke tipu ke...

haha... bila masa pulak blog tu pakai software.. tu untuk personal use jer.. malas nak letak kat main blog latest update blog yang aku follow.. :)

Salam Bro,autoblogwalking ni dah lama di gunakan,saya pun ada buat N3 tentang kebaikan dan keburukannya.
Jadi kena tukar shoutmix dengan facebook shout itu lebih baik.

Sekarang orang guna Auto koment pulak yang ramai blogger malaysia tidak mengatauhinya.

terima kasih PB krn sudi mengilatkan lagi nama BlogLarian...

@FareedSairi

sama-sama...yang baik kita kongsikan sama-sama k...

salam. Agak terlewat mengikuti kes auto bw ni. tak sangka isu ni semakin panas dan menjadi2. Sy masih baru dan tak tau nak kata mereka bersalah @ tidak. Terkejut jugak tgk nama blogger2 yg guna tu. sbb sy sendiri biasa singgah ke blog2 tersebut. Tapi salah sorang dr blogger tu, sy memnag tak bekenan. Mcm mana nak kenal blogger yg pakai auto bw ni ye???

@Muhammad Burn

auto BW ni ada 2 jenis.. satu yang sah..satu lagi yang tak sah...

dan juga autoBW yang tak sah ni.. kita boleh tahu bila mereka ni datang tapi kat blog kita langsung tak kesan kedatangan mereka.. cuma pad shoutbox sahaja mereka wujud..

Salam.. Pada pandangan saya,software blogwalking ini sebenarnya tidak semua yang mengarut atau yang tidak boleh digunakan.. ada je software blogwalking yang bagus. Maksudnya yang benar2 bagi traffik... contohnya:

Software percuma blogwlaking separa automatik!! Try check it out...

Jangan salah faham.. Aried antara mereka yg benci orang guna auto blogwalking.. tapi bagi aried, separa automatik mcam software ni bgus... sebab senang kerja n cepat...

baru terbelalak mata ila luas2.. :)

terima kasih atas infonya pendekar! sememangnya tidak adil bagi mereka mempergunakan cara sebegitu..

thanx 4 da info pndekar.. :)

salam semua... aku baru je siapkan shoutbox DN... kepada sesiapa yang anti kepada auto-blogwalking (macam aku), meh la cuba uji try test shoutbox aku ni ek... Shoutbox DN ni anti auto-blogwalking sebab shoutbox ni akan check domain dan kod khas... kod khas ni akan diupdate setiap 15 minit... so, takde can la orang nak buat auto-blogwalking

Wah, ada jugak auto blogwalking ye.. Nampaknya saya kena belajar lagi banyak pasal dunia blog ni..tapi macam mana nak kenal dorang-dorang ni?

lebih baik blogwalking sendiri deh dari pada ntar terjadi yang gak gak dengan blog kita.

penipuan ni dah lama dah tau,, tp tak tau pon dia menipu traffic..dah baca entry ni baru tau tipu... thanks bro otai blogz... btw sebut pasal AUTO BLOGWALKING untuk dapat traffic kebanyakkan nak dpt earning jek..matlamat aku cukup sekadar dapat penyinggah setia ke blog aku pon dah cukup wpon aku tgh tido...klu dia slalu dtg dan baca dan komen secara tak langsung kita pon akan berbuat demikian jg..itu klu seorang.. cukup la ada 10 org visitor tegar ke blog dah memadai sbb setiap mereka ada kwn2 jgk...kwn2 dorg pon akn dtg jgk keblog kita... that why aku ada buat AUTO BLOGWALKING VIA RANDOM BILA SPIN BUTTON.. dia tak ke blog org kita tak kenal pon..dia pergi ke link blog yg kita set jek.. tu namanya blogwalking..kdg2 kita x tau nak BW ke mana kan? so just push button dia akan ke blog yg dia nak secara AUTO.. tp bab komen entry/ komen shoutbox semua kena wat manual... tidak ke tu dinamakan betol BW..malas nak citer pasal definasi BW..smua dah tau kan apa itu BW sebenar2nya..bkn sekadar pegi shout kat blog org jek..paham sendirilah....malas nak citer..nak Javascript AUTO BLOGWALKING korang gi tgk contoh kat blog aku dan pandai2la krg edit..tp masih blh tanya klu sudi... thanks pendekar...

senang guna kaedah ni sebab x ada penipuan... link yg ada semua link yg kita pasang bukan pasang ikut suka jek...cuma dia link secara auto jek.. maksud aku dia random ke blog org lain bila push button.. nak tgk contoh SILA SEARCH GOOGLE KEYWORD NI: "automatic blogwalking widget"

blogger skng byk fokus pada trafic semata2 utk dptkn $$..padahal tulisan yg menarik tidak memerlukan itu semua....yg penting, kita suka apa kita tulis...

mcm2 le skang nie , tp nak kate tipu pun x bley jugak sbb dorang ade usaha , walaupun jalan lain . tapi apa pun , skang memang berlumba orang nak up kn trafik , krana tu je dorang kreatif nak buat itu ini .

ane bener bener berkunjung nich pendekar...ditunggu kunjungan baliknya yach...

saya pun bingung ni pendekar. mcm mana mahu atasi mereka. cuba buat entry baru ttg cara mengatasi , tq. grrr, geram geram

kikikiki. tabaek tipu..tabaek tipuuu. hebatlah diroang ni. 'rajin' sangat berblogwalking :P

hahaha ya betul pembohong nie semua memang patut dibogelkan, tapi masalahnya dah ramai yang dah jadi top blogger even dah masuk surat khabar pun guna teknik kotor nie, kalau nak kata lebih2 kat dorang dorang saman kita pulak tapi is pun memang sakit hati bila diterjah oleh trafik yang tak pernah wujud nie. is blogwalking pakai software sepakku, penat siot manual shout nie tapi berbaloi sebab puas hati leh taip sendiri, leh baca entri kawan, leh tambah rakan blogger dan sebagainya.

Sebenarnya dilarang sob, kunjungi blog saya linggarbloggersejati.blogspot.com

Bolehlah aku cobe satu ke dua software tu? He he (lagi belajar bahasa malay - maaf.)

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD