Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Sebuah Kisah Silam dalam Kenangan

....semua orang punya kisah silam...sama ada pahit, manis, masam, masin, pedas, payau, dan sebagainya... pendekar juga tidak terkecuali... namun apa yang pendekar nak kongsikan di sini adalah kisah pahit yang ditanggung untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi... nikmatilah.... sebuah ceritera di zaman remaja pendekar...ketika masih bergelar pelajar tingkatan 4...

...dan alkisahnya ceritera...

...setiap petang, pendekar dan rakan2 selalu bermain bola sepak di padang sebuah sekolah agama di kampung kami....padang itu merupakan padang sekampung....di situlah segala kegiatan kemasyarakatan penduduk kampung sering diadakan...begitu juga dengan kegiatan kokurikulum sekolah tersebut...kira-kira seperti padang itu adalah hak milik bersama jugalah.... namun kini...padang tersebut sudah tidak lagi wujud..digantikan dengan bangunan baru sekolah....dan juga sudah menjadi tempat perhimpunan....siap ber tar lagi tu....

....di padang inilah pendekar pernah dibelasah beramai-ramai..... semuanya kerana suatu salah faham yang mungkin boleh dielakkan...jika tidak kerana tindakan pendekar, pendekar khuatir keadaan pasti akan jadi lebih teruk.... dan kerana tindakan pendekar itu jugala pendekar dibelasah beramai-ramai... dan semua orang kenal siapakah orang-orang yang memukul dan membelasah pendekar... tidak lain tidak bukan adalah kaki gaduh yang memang terkenal di kampung kami... dan pendekar cuma orang biasa yang kurus kering...lagi nerdy....jauh berbeza dengan sekarang ini....

....pada petang itu...kami semua bermain bola sepak di padang.... kami langsung tak tahu bahawa pakcik pengawal sekolah dah kunci pintu pagar sekolah tu...menyebabkan kami semua terkurung di dalamnya....tak boleh nak keluar...ada antara kami yang memanjat pagar untuk keluar...namun yang tak berpuas hati pula telah pergi mencari pakcik pengawal yang bersembunyi di dalam asrama pelajar perempuan....mereka yang tak berpuas hati ini telah menceroboh asrama pelajar perempuan tersebut dengan membawa kayu, batang penyapu dan lain-lain sambil memaki hamun pakcik pengawal itu...

...pendekar kasihan dengan pakcik pengawal tu....beliau dah tua...apa la yang dia boleh buat dengan orang muda yang darahnya tengah mendidih?? kalau seorang mungkin boleh tahan lagi..tapi kalau lebih daripada 30 orang yang sedang panas tu, anda semua boleh bayangkan macam-macam perkara yang mungkin akan berlaku.... untuk meredakan keadaan dan mengelakkan suasana menjadi lebih teruk...pendekar datang berjumpa dengan pakcik tu...pendekar minta dia berikan saja kunci pintu pagar tu pada pendekar.... ketika menghulurkan kunci tu...pendekar nampak pakcik tu menangis.... sungguh kasihan.... bagaimana kurang ajarnya anak muda yang sanggup bertindak sedemikian terhadap orang tua sepertinya.... tak ada kah rasa hormat kepada orang yang lebih tua??....semoga anda semua tidak begitu...amin...

....dan selepas mendapat kunci tersebut...pendekar terus berlari untuk membuka pintu pagar....dan kemudiannya menyerahkan kembali kunci tersebut kepada pakcik pengawal tu... pendekar pun melaung....
                 "dah...dah..pagar dah bukak tu... ! !" 

...sungguh tak sangka...dan tak pernah terlintas dalam pemikiran pendekar....rupa-rupanya rasa tak puas hati mereka-mereka itu telah menghala pula kepada pendekar.... dan akibatnya...pendekar di pukul-tendang-tumbuk beramai-ramai...konon-kononnya pendekar nak berlagak jadi hero.... habis sakit badan pendekar.... tapi terpaksa la tahan...sedangkan saudara sendiri pun join sekaki memukul pendekar... nasib baiklah ada abang-abang sekampung yang melindungi pendekar.... kalau tak.. pasti lebih parah....
Credit to Encik Google
....akibat daripada kejadian itu...pendekar rasa sakit seluruh badan....dan juga spek pendekar patah dan rosak....huhu... sabar ajalah wahai hati.... dan sejak hari itu juga...pengurusan sekolah membuat peraturan baru..... dilaksanakan sebulan selepas itu yang menghalang orang-orang luar daripada memasuki kawasan sekolah kecuali ada urusan rasmi...... sejak kejadian itu juga pendekar sudah jarang bermain bola sepak....

....pendekar tidak pernah ceritakan tentang kejadian ini kepada mak atau arwah abah pendekar..... jika tahu oleh arwah abah pendekar tentang kejadian ini.... sudah pasti jika tak parah orang tu....pasti akan teruk dia kena..memang confirm masuk wad.... kerana arwah abah pendekar mempunyai pengaruh yang kuat terhadap orang-orang di sini... tambahan pula pendekar bukanlah seorang yang suka menyimpan dendam... sebab itulah pendekar diamkan aja...

...sejak kejadian itu juga...pendekar lebih fokus pada study...dan jarang bergaul rapat dengan orang lain....pendekar jadi lebih pendiam.... namun ramai yang hormat pada pendekar...hatta cikgu-cikgu pun sayang pada pendekar....sebab result pendekar bagus..... huhu....dan juga kerana pendekar tak suka cari gaduh... tapi kuat mengusik.... itu pendekar tak nafikan..ekeke....

...kisah ini mungkin kecil...tapi memberikan impak yang tidak sedikit kepada diri pendekar.... prinsip pendekar pun berubah kerananya.... jika sebelum ini pendekar masih berlembut jika orang berkasar dengan pendekar...namun tidak lagi kini....walaupun masih ada dalam sesetengah perkara...(tak dapat dielakkan...) ...jika orang berkasar..pendekar akan berkasar juga... sehingga kini...jika disebut nama pendekar di kampung....semua orang kenal...pendekar bukan lagi budak yang boleh dibuli....tapi "taufan" yang mampu menggegar arena....

p/s : "aku tak akan sentuh orang kalau dia tak sentuh aku dulu"  adalah prinsip pendekar kini... kalau dia tak kenakan pendekar...dia akan selamat... mudah bukan?? namun hanya orang yang berani menghadapi risiko sahaja mampu mengikuti prinsip ini... bak kata pak uda pendekar.."pan mesti tegas...pan kan anak lelaki....kena tegas...kena berani..."

...okay...pendapat anda???

12 Komentar untuk "Sebuah Kisah Silam dalam Kenangan"

betul tu. sabaq naa....huhu

rezeki jgn ditolak,musuh jgn dicari.
tp org skrg ni, pantang lau org wat something yg betul tp tak betul pd mata depa...huhu...sian..takpa2..sy cukup pasti peristiwa ni dah beri pgjrn yg cukup bermakna buat encik pendekar.
apa2pun,jk kita benar,haruslah tetap berpihak pd yg benar! :)

jgn goyah. Salam perjuangan~

saya akan buat perkara yg sama!

Wow, satu prinsip yang bagus, tapi kan..yang cempaka tak berapa faham kan.....diorang tu pukul pengawal sebab marah dia masuk ke asrama pompuan ke atau pasal dia kunci pintu pagar???

kajang tuan kajang berlipat
kajang hamba mengkuang layu,
kalau marah biar bertempat
kalau org start buat hal ngan kita
Silatkandia bertalu talu

He! he!

hadoi....kenapa pulak la diorang nak marah pengawal tu masuk asrama perempuan?? dah nama pun pengawal... baca dengan teliti ye...cempaka kurang faham tu...

oooo saya ingatkan pengawal tu skodeng budak pompuan..

...pengomen semua....terima kasih kerana menyokong...namun itulah juga yang sepatutnya kita lakukan...berani untuk menegakkan yang haq...mencegah keburukan dari merebak... mencegah penganiayaan kepada yang lemah... tidak kira apa jua status kida... (^_^)...semoga anda sekalian akan mngerti... (^_^)

hihi.. pendekar memang sesuai digelar pendekar.. tapi kan pendekar.. lady rasa kan.. org yg paling kuat adalah org yg mampu menahan kemarahannya..
jangan gaduh2 yer pendekar..

@lady.. lady bercakap ni macamlah pendekar ni kaki gaduh...tak adanya orang nak cari gaduh lagi dengan pendekar dah sekarang ni...lagipun pendekar ni bukannya seorang yang baran...huhu...

mule2 bace cerita ni kan, terasa sedih..dpt feeling yg memang sakit luar n dalam bile kene pukul..tapi last2 entry ni, jd takut plak..heeheh..takut sbb gagah betul pendekar ni ye.....marah biar bertempat, tapi tidak mengapa juga sekali sekala bagi pengajaran dekat org yg cari pasal ngn kite selagi pengajaran kite bagi tu tak melampaui batas, then its okay... :)

:: feez :: hanya orang yang menanggung tahu sakitnya macam mana... pendekar bukanlah si kaki gaduh... mempertahankan diri itu kan lebih perlu jika kita tak bersalah... (^_^)...

erm..pendekar gagah?? kalau tak gagah..orang suka buli...kalau kita pretend to strong..orang akan respect.... okay?? pendekar ni cool je orangnya...

lady takut ayat ni :

p/s : "aku tak akan sentuh orang kalau dia tak sentuh aku dulu" adalah prinsip pendekar kini... kalau dia tak kenakan pendekar...dia akan selamat... mudah bukan?? namun hanya orang yang berani menghadapi risiko sahaja mampu mengikuti prinsip ini... bak kata pak uda pendekar.."pan mesti tegas...pan kan anak lelaki....kena tegas...kena berani..."


huhuhuhu.. nampak bekeng (garang)

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD