Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Penat...Capek...Letih...

...Bismillah...Assalammualaikum dan salam satu malaysia buat anda semua..(^_^)...

...artikel ini bukan artikel cintan-cintun okay...artikel ini tentang diri pendekar... keadaan semasa... pendekar sangat penat sebenarnya...penat kerana melayan kerenah manusia di sekeliling... penat kerana kerja..penat juga kerana perlu bekerja keras untuk mencari rezeki... namun kepenatan itu pasti akan berbayar..pendekar sangat yakin...(^_^)...

...pendekar pasti anda juga penat bukan?? penat..letih..capek..tak pernah akan hilang selagi kita bergelar manusia...kita akan berkata penat jika sudah kehausan tenaga dan pemikiran untuk melakukan sesuatu pekerjaan... sama ada bekerja, berjalan, memandu, belajar mahupun melepak.... huhuh~~...

..ubat yang paling mujarab untuk keadaan ini adalah...berehat mahupun tidur... insyaALLAH...penat itu pasti akan hilang... dan tenaga kita akan pulih semula...(^_^)

...sepanjang minggu ini pendekar sangat busy dengan karnival jualan kenderaan yang dianjurkan oleh pihak syarikat...bermacam-macam jenis kereta yang diperagakan...semuanya kereta-kereta baru dari jenama Mitsubishi...Suzuki...Hyundai...Ford...Cherry...dan Naza-Kia... dari kereta-kereta biasa sehinggalah ke kereta-kereta mewah dan sporty seperti Suzuki Alto, Swift, Grand Vitara, SX4...Mitsubishi Pajero, Pajero Sport, Lancer, Triton, ASX (Lancer Crossover)... Hyundai Accent, Tucson, Sonata, i10 dan sebagainya....

ASX - Evolusi Lancer kepada CrossOver....

...menjadi penasihat jualan ini membolehkan pendekar mengakses semua jenis kereta di atas... yang tak mampu diakses oleh orang biasa...hehehe...bangga ni...dapat bawa kereta-kereta import tanpa perlu keluarkan wang..(^_^)... best kan?? hehehe....

...dan satu fakta yang mahu pendekar kongsi....pendekar masih tidak memiliki lesen memandu kereta lagi...alamak...kantoi suda..hehehe.... tapi itu bukan halangan jika pendekar boleh menjual kereta import ini tanpa perlu lesen memandu kereta..yang pentingnya adalah ilmu dan servis yang kita berikan kepada para customer kita.... kalau servis bagus...orang pasti nak beli bukan? hehe~.... sebelum ini pun pendekar bekerja dengan Perodua...jual kereta yang paling mahal...Myvi SE...Alza Sport dan Viva Elite...pendekar tak pernah pun jual kereta lebih murah kereta-kereta varian premium itu tau... hehehe....

...penat memang penat..namun kepuasan melihat keterujaan pelanggan mengambil kereta mereka mengatasi segalanya.... sangat suka...tak pernah lagi ada yang complain tentang servis yang pendekar berikan..alhamdulillah...

...bos pendekar sebelum ini pun suka dengan pendekar... kerana pendekar mampu menjual kereta walaupun tiada lesen memandu...dan juga punya masalah pendengaran.... berbanding dengan mereka yang sempurna..lesen ada...tapi tak boleh receive target... sebab itulah tak boleh jual... lagipun pendekar punya "ilmu memujuk" yang pendekar pelajari sepanjang perjalanan hidup pendekar.... memanglah tidak semua orang akan termakan dengan pujukan pendekar.... namun sekurang-kurangnya mereka tidak complain tentang servis yang pendekar berikan kepada mereka...dan juga maklumat-maklumat yang pendekar berikan...

...wah...rasa macam nak promote diri sendirilah pula...hehehe.... tapi apa salahnya kan?? so, anda sekalian...kalau ada sebarang pertanyaan...masalah...ataupun mahukan maklumat tentang interest rate, loans, insurances, and etc... silalah jangan segan-segan tanya dengan pendekar ya...

....SELAMAT BERBLOGGING....(^_^)...

P/S : hidup ini bagaikan aliran air dari perbukitan...melalui lurah..jeram...sungai...dan lautan... hanya keampuhan mampu menahan segala halangan yang menerpa di hadapan... (^_^)
16 Komentar untuk "Penat...Capek...Letih..."

sokong yg tu..."ilmu memujuk" hahaha

:: suzie rahman :: alamak....hehehe... betul kan?? pendekar memang ada ilmu memujuk ni... tapi tak selalu sangat diamalkan...hehe...

teruskan...agar berjaya dalam bidang anda....promote diri sendiri tak salahlah...asal ia atas fakta yg betul..good luck...:)

Teruskan berusaha....kalau penat berehat, tetapi jangan putus asa..seoga berjaya di dunia dandi akhirat.

nak mini copper..
pendekar belikan ek?
ahakss

:: assoy & cempaka :: terima kasih kerana menyokong...hehehe...doakan pendekar ya...(^_^)

:: bulan :: nak mini cooper?? tunggu pendekar boleh beli cash bugatti veyron sebuah dulu ya... (^_^)

wow..bestnya..nak tunggu beli kereta macam tu mcm tak mungkin..nak tumpang naik sebelah pendekar boleh..hehe :p

wah!canteknye!!mcm lancer mpv :)

:: zuhanis :: hehehe...nak naik ngan pendekar ke?? boleh je...tapi pendekar tak ada lesen..so, kita takleh gi jauh2 la ye...haha..

:: e~car :: bukan macam lancer..tapi memang lancer pun...dia modified lancer untuk jadi crossover...atau juga dikenali sebagai Hatch Batch...

nk tny pendapat pendekar ni..

antara honda city dan Kia Forte..bleh bg cadangan mana baik..?

hehehe tq!

pendekar.sori tenet ifa slow xleh tgl jejak nie.huhu

:: jiha :: kalau nak compare memang tak berbaloi..tapi dari segi keselesaan pemanduan..ruang dan juga ke-eksklusif-an nya...Forte lebih baik dari Honda City....Honda City nampak kecil sangat...tak lebar.... berbanding dengan Forte...lagipun Forte ni dia ada yang pakai Start Button macam kat skuter tu....

:: gayah :: haha..mantap ek?? terima kasih..

:: tiefazatie :: takpe la..pendekar faham...

so maknanya pendekar lebih suggestkan forte berbanding city ye? but how about performance?engine?huh byknya nak tau..

klu pendekar tak kisah laa nk share..hehe

yup....tapi dari segi performance ngan enjin...pendekar tak boleh beritahu dengan detail sangat...sebab di luar kepakaran pendekar.... kita tahu honda lebih baik dari kia... namun bukan performance dan enjin yang mantap perlu kita pilih...tapi keselesan yang paling penting...apa guna kalau pakai kereta yang canggih manggih tapi kita tak selesa bukan??

namun dari segi nilai...dan gaya..memang forte lebih berbaloi untuk dimiliki... apa2pun...lebih baik test drive dulu...tengok mana yang lebih selesa...

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD