Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Penangan Facebook !

....assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (^_^) ....

..kali ini pendekar nak sentuh sikit tentang sikap-sikap orang di kalangan kita....pendekar tahu ramai yang akan terasa...malah cuba untuk mempertahankan kebenaran masing-masing... namun apa-apapun tindakan anda...tidak mampu mengubah apa yang bakal pendekar luahkan....


.....hari ini pendekar berdebat dengan beberapa orang yang mengongsikan klip video kontroversi sepasang kekasih yang bercumbuan di tempat awam... yang sedang hangat tersebar di kalangan para facebooker... yang menggemparkan dan memanaskan hati dan jiwa... video klip itu katanya bertempat di KLCC....entah apa kejadahnya benda macam ni berlaku... tapi apa yang pendekar nak sentuh di sini bukanlah tentang pasangan tersebut tapi sikap kita yang salah dalam menghadapi perkara-perkara seumpama ini....

...sesiapa yang pernah dan telah melihat video tersebut...pendekar boleh faham...itu adalah normal untuk anda...kerana kita semua ada sifat ingin mengetahui... kalau anda tak nak tahu....itu abnormal namanya....terutamanya jika kawan anda sendiri yang like or share video tersebut..... mestilah anda mahu tahu bukan??

...."jadi...apa yang salahnya pendekar??"....oh...nak tahu apa yang salah ya?? sini...baca baik-baik... telitikan sungguh-sungguh.... apa yang bakal pendekar sampaikan ini mudah-mudahan mendapat manfaat buat anda semua..jika anda semua berasakan ini bermanfaat..sebar-sebarkanlah...jika tidak... abaikan sahaja....

....sikap kita...or our behaviours... kita semua tahu benda itu buruk... kita semua tahu benda itu memalukan...kita semua tahu perkara itu mengaibkan... dan kita juga tahu apa impaknya kepada orang ramai... namun apa tindakan kita??

...kita share perkara itu dengan kawan-kawan.... kita komen-komen macam-macam...kita kutuk-kutuk si pelaku...kita pertahankan tindakan dan hak kita untuk menyebarkan keburukannya dan mengaibkan dirinya... kita hentam dia habis-habisan.... tanpa kita ambil peduli...tanpa kita cuba untuk memperbaiki...tanpa kita cuba untuk bermuhasabah...bagaimana untuk mengelakkan perkara itu dari berlaku....

...menyebarkan keburukan orang di facebook samalah seperti anda mempunyai anak yang bodoh di rumah...sudahlah bodoh dan hanya duduk di rumah... anda khabarkan pula kepada jiran-jiran sebelah...sekampung...sedaerah dan sebagainya bahawa anda mempunyai anak yang bodoh di rumah... bila anda buat begitu....semua orang akan tahu tentang apa yang ada di rumah anda... dan sudah pastilah kesan emosi yang paling teruk dialami oleh anak anda itu.... dan sudah pasti juga orang lain akan mengutuk anak anda... sudah pasti anda akan merasakan tempiasnya bukan???

...mungkin juga si anak itu boleh berubah jadi pandai nanti...anda tidak akan tahu....hanya ALLAH yang tahu... kerana Dia berkuasa untuk merubah nasib hamba-hambaNYA.... kita hanya manusia... tak mampu mengubah apa-apa....

...berbalik kepada topik asal...pendekar nak kritik sedikit tentang sikap-sikap kita ini...yang suka sekali mempromosikan berita-berita sensasi keruntuhan akhlak para remaja...selepas itu membuat ulasan itu dan ini...konon kitalah yang paling baik...konon kitalah yang paling kuat iman...konon kitalah yang paling tahan ujian.... namun hakikatnya kita tak banyak beza dari mereka...malah lebih teruk daripada mereka-mereka ini....kerana apa?? kerana kita membiarkan mereka melakukan perkara tersebut...tanpa berusaha untuk menghalangnya...kalau setakat bercakap-cakap...membuat polemik...itu ini..begitu begini... sesiapapun boleh!...

...dan bermulalah sesi maki-memaki...kutuk-mengutuk...keji-mengeji...rendah-merendahkan sesama kita...dan bertimbunlah lagi dosa-dosa kita... dahlah dapat dosa mendedahkan dan menyebarkan keaiban orang...kita tambah lagi dengan dosa mengutuk..mengumpat..mengeji..mencaci dan sebagainya... so....mane lebih banyak dosanya?? jawapannya ada di hadapan anda...

...kenapa tidak kita sama-sama saling tegur menegur...ingat-mengingati...dan juga berkongsi hikmah dan pengajarannya tanpa perlu mendedahkan siapakah orang yang melakukan perbuatan tersebut?? bukankah itu lebih baik bagi kita?? lebih baik bagi mereka?? dan lebih baik juga bagi kawan-kawan yang jadi friendlist kita di FB atau di mana-mana pun?? pendekar pasti..mereka tak akan memperolehi dosa percuma dengan melihat aktiviti tidak sihat tersebut...dosa kering katanya.... tambah lagi jika gambar, video atau apa-apa yang tersebut di lihat oleh anak-anak muda... anda rasa mereka sudah mampu berfikir dengan matang?? tidak sama sekali... hanya menambahkan tompok2 hitam di hati mereka adalah...tompok-tompok hitam yang suka untuk melihat maksiat berlaku... membiarkannya berlaku dan kemudiannya membuat ulasan dan baru menghukum... itulah yang anda mahu bukan??

...tepuk dada tanya iman.... jangan suka berkata..."kubur masing-masing..." jika anda seorang muslim yang beriman.... jika tidak...campakkan sahaja tudung anda! campakkan sahaja kopiah anda! campakkan sahaja serban anda! pendakwah hakiki tidak akan pernah menyebarkan aib orang lain sebegitu rupa! mereka hanya akan mengambil ceritanya...mengolah dan menceritakan...dan mengambil pengajaran daripadanya... dan bukan memburukkan orang yang melakukannya!

....itulah jalan dakwah yang paling bagus....paling banyak baroqahnya....paling diberkati jalannya... dan paling mudah untuk dihayati pengajarannya...kerana Allah bersama-sama dengannya... lantaran dia tidak mencipta isu...tapi menyebarkan pengajaran dari kejadian-kejadian yang berlaku di sekitarnya...

...cukuplah sudah kita terbeban dengan dosa-dosa kita sendiri..jangan pula kita timba dosa-dosa lain lantaran kejahilan kita sendiri....

sekian dahulu...assalamualaikum....

p/s :: entry ini hanyalah pendapat peribadi Pendekar Berkuda.... jika ada yang terasa..makan hati...atau tersentuh dengan entry ini...pendekar tetap akan pegang pada kata-kata sebelum ini... anda tidak akan mampu mengubah apa-apa yang akan pendekar sampaikan...

:: kita lebih suka mengkritik dan menerima pujian....namun apabila sesekali di kritik...kita akan mudah melatah...melenting...marah...dan sebagainya...hanya kerana kita merasa kitalah yang paling baik...paling bagus yang hidup di dunia ini... walhal...kita mungkin salah seorang yang paling buruk...paling tidak beriman dan paling munafik di sini... wallahua'lamubissawab....

JazakALLAHukhairun.....
10 Komentar untuk "Penangan Facebook !"

betul. sbb tu malas even utk menontonnya. 1st, saya tidak kenal mereka. marah atau nasihat, pelaku tu tau ker?? 2nd, dah terlalu bnyak benda2 mcm nih berlaku. pelik juga bila tau yg mengomen mengeji itu juga punya peribadi yg... entahlah~~

diam bukan bererti setuju
diam juga bukan bererti tidak bersuara!

di mana juga laman web ceritanya pun sama jugak..memanjang-manjangkan gosip & keburukan. sampai muak terkadang kala.

apa pun..niat itu mesti dijaga kerana di situlah bermula segala.

wallahua'alam

entry yg bagus. boleh share link ni kat fb yt?

:: pinky pixie :: oh...boleh la sangat... dipersilakan...(^_^)

hidup pendekar..me baca sampai abih. bukan senang nk baca hujah sepanjang ni...hehe..sangat bagus utk renungan bersama

hihi terkena lg suzie..adeh
suzie suke n3 ni..adeh

btol tu. dah tau benda macam tu salah kan. buat pe nak share untk semua org tgk.pastu pakat2 duk maki hamun.mcm xde guna. mengaibkan si empunya diri jerk. sama2 berdoa si empunya diri tu sedar dan insaf dgn segala apa yg tlh dia lakukan..

:: same2lah kita ambil pengajaran...supaya perkara yang sama tak akan berulang lagi (^_^)

pendekar, betul kt2 pendekar tu.. scr x langsung kite turut menyumbangkan dosa.. bilala kite nak mintk ampun kerana sebarkan keaiban org lain.

(td ltk kt shoutbox, tp pendekar suh ltk di sini. kih3x.. sory yer pendekar.,. jgn karate lady yer)

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD