Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Kerana Dikau Perempuan... Bahagian 2

....kepada sesiapa yang masih belum membaca entry pendekar sebelum ini... silalah rujuk SINI ya...

...dan jika anda sudah tahu sedikit hikmah kenapa perempuan dicipta dari tulang rusuk yang kiri....mudah-mudahan anda akan mendapat hidayah yang lebih baik untuk menunaikan tanggungjawab anda kepada lelaki yang berhak ke atas anda...

...pendekar sedih melihat sekian banyaknya penceraian...sekian banyaknya kecurangan....sekian banyaknya pengkhianatan yang berlaku di dalam kehidupan rumahtangga di seluruh negara...tiadakah lagi rasa kasih sayang dan rasa percaya di antara seorang suami dan seorang isteri di sini??

...Sejak dua menjak ini kita sering dihidangkan dengan gejala deraan suami terhadap isteri nya sendiri...gejala isteri curang di belakang suaminya... tiadakah jalan lain supaya perkara-perkara seperti ini dapat dielakkan?? jalan lain supaya kita dapat sama-sama hidup aman, bahagia, dan gembira bersama dengan orang yang kita saayang??

...pendekar nak ulas sedikit mengenai gerakan feminisme yang semakin menular sekarang ini di merata-rata ceruk rantau dunia....wanita-wanita di Malaysia tidak terkecuali... semakin menuntut hak-hak kesamarataan...mencabar naluri kejadian mereka sendiri....wanita yang sepatutnya menjadi tempat untuk lelaki menghilangkan keresahan dan kegusaran hatinya menjadi satu racun yang membunuh dan menyakitkan hati nurani lelaki...

...pendekar percaya jika kita mengamalkan sifat asal kita....perkara-perkara seperti ini mungkin boleh dielakkan...misalan yang paling hampir dengan naluri kita sendiri...kita sangat mendambakan kasih sayang..kita sangat mendambakan belaian dan perhatian daripada mereka-mereka yang kita sayangi...namun oleh kerana kita hidup di dalam kelompok yang menyebarkan fitnah...membuka aib saudara seagama...melakukan segala macam dosa dan maksiat....maka sifat insaniah kita mula terhapus dengan sedikit demi sedikit...dan jadilah seperti apa yang kita lihat dewasa ini...

...jangan dituding kuman di seberang....namun lihatlah gajah di hadapan...
...kini...semakin ramai dan semakin bertambah episod pilu-duka-tragis-sedih-pedih yang tersebar di kalangan kita...jika dikatakan kita kekurangan kasih sayang...jawapannya masing-masing di dalam diri...jika bukan kerana berlebihan kasih sayang tanpa batasan...tiada lah gejala buang bayi semakin meningkat di negara kita..."..sayang kerana nafsu..." sinis seorang teman tika ditanya pendapatnya...

....dan kerana dirimu perempuan...kembalilah kepada kejadian asalmu...hikmahnya kalian dicipta dari tulang rusuk adam yang kiri lagi bengkok...jangan kerana anda sangat berpendidikan kolonial dan barat...punya Master dan PHD segala..maka anda memandang bahawa lelaki itu tidak setaraf dengan anda... ilmu tidak dihitung dengan apa yang anda capai di dalam sekolah-kolej-universiti...namun dikira bagaimana anda menginterpretasikannya ke dalam situasi hidup yang mencabar... namun jika ingin terikat dengan lelaki...ikatlah dengan kasih sayang yang terhad... jangan berlebih-lebihan...kerana kelak.... diri anda sendiri yang akan kesakitan....

menutup bangkai itu lebih baik daripada mendedahkannya...supaya baunya tidak akan menyiksa orang lain...nauzubillah.... khas bagi mereka-mereka yang suka mendedahkan keaiban orang lain di blog, FB, dan Twitter segala...
 p/s : ramai yang tanya pasal link ke entry sebelumnya...jenguk sini ya... 
Kerana Dikau Perempuan... Bahagian 1 
9 Komentar untuk "Kerana Dikau Perempuan... Bahagian 2"

sebut psl aib..teringat hadis nabi:

Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

pendekar, link part 1 xde ke?cube cek balik ek..

entry yang sangat menarik ! insyaALLAH bila ayu sudah berkahwin ayu akan menjalankan tugas sebagai seorang isteri dengan baik. Amin~

wah! terbaiknye entry bro.aku baca sampai due kali nak paham.adess.wess.link entry satu tu xdak.pe cer ni.hurmmm.;pTry cek balik.;p

@Zaer!!

mana plak tak ada?? ada ja kat atas tu link dia kan??

aku letak kat bawah la kalau macam ni...

@mia

waktu mia baca ni...pendekar belum letak link lagi la...dah letak dah kat atas tu...

@alexa yussida

pendekar bukannya seorang yang hafal bab bab hadis ni...

namun terima kasih la dengan hadis tu ya...sama-samalah kita mengambil peringatan dan pengajaran...(^_^)

suke3 entri ni..
kdg 2, diorg bukan menceritakan aib org lain..tp aib sendiri, tnpa sedar krn ktksuban dunia sosial. nauzubillah, smoga sy dijauhi dgn sifat tu.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD