Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Kerana Dikau Perempuan... Bahagian 1

anda : ...erk....tentang perempuan dah ke??

pendekar : ya...kenapa? ada masalah ke??

anda : *blah..blah...blah...

pendekar : apa yang kamu merapek ni?? ganggu je...

anda : tak ada apa-apa...silakan...

.....diringkaskan cerita...apa yang pendekar nak kupas kali ini tentang perempuan...so, sekiranya anda perempuan..sila baca dengan sopan ya..kepada yang bukan perempuan tu...sila ke tepi...ahaks...

....awak...awak...awak sangat cantik-menawan-sopan-vogue-comel-lemah-lembut-memikat-dan-segala-bagai-pujian-yang-tak-kunjung-habis kerana penampilan awak yang sopan dan manis dipandang....

...awak juga sangat menggoda iman-mengghairahkan-memberahikan-merangsang-nafsu-dan-segala-bagai-kata-kata-pujian-untuk-dibawa-ke-bilik kerana penampilan awak yang seksi...ketat..body-fit...dan berkain jarang ini...

....awak-awak...tahu kenapa awak diciptakan?? kalau awak tak tahu...pendekar nak beritahu ya...untuk pengetahuan awak-awak juga... jika kita selak sejarah penciptaan Nabi Adam a.s dan Hawa...kita akan dapati bahawa Hawa di ciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s...kenapa dari situ?? kenapa bukan dari sebelah kanan...atau dari bahagian tengah...atau dari bahagian kepala...atau dari bahagian belakang?? kenapa Allah pilih bahagian sebelah kiri?? nak tahu ke?? baca terus ya awak...(^_^)...

....Hawa dicipta dari bahagian sebelah kiri kerana di bahagian itulah hati ditempatkan... kenapa dari tulang?? kenapa bukan dari daging ataupun dari organ-organ lain?? kerana hati itu penuh dengan segala macam perasaan.... yang perlu dijaga dengan sebaiknya.... di situlah pentingnya tulang rusuk... supaya dapat melindungi hati itu dari rosak mahupun cedera... supaya dapat menjaga kesehatan hati tersebut...

...hati merupakan dugaan yang paling hebat buat insan lelaki... lelaki yang tidak terjaga hatinya bisa menjadi sangat kejam dan sadis...awak boleh lihat sendiri berita mutakhir di mana-mana...di sinilah fungsi perempuan...

...dengan sifat lemah lembut perempuan....kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari perempuan....jagaan yang sempurna oleh perempuan... hati seseorang lelaki bisa menghasilkan superhuman yang tiada tandingan... ambil contoh ya... Rasulullah sendiri punya Siti Khadijah... apa agaknya yang akan berlaku jika isteri Rasulullah bukan Siti Khadijah?? Cuba bayangkan jika isteri baginda adalah tukang-leter-adu-domba-umpat-keji-derhaka-curang-protes-segala...sudah pasti baginda sukar untuk menjalankan tanggungjawabnya bukan??

...ambil juga contoh bonda Tun Dr. Siti Hasmah Ali...jika beliau adalah seorang yang tidak pandai menjaga hati suaminya...sebaliknya memprotes itu dan ini....sudah pasti ayahanda Tun Dr Mahathir tidak mungkin menjadi seorang negarawan terulung di negara kita dan dunia...
Lihatlah betapa bahagianya mereka. credit to Facebook Dr. Mahathir

...namun kini...lihatlah oleh kalian...sekian banyak protes2 isteri...konon suami tak boleh harap...konon suami tak sempurna itu ini...konon suami lemah tenaga batin...konon suami tak mampu memenuhi keperluannya...hello awak-awak...pernah tak awak-awak semua cerminkan dulu kekurangan diri?? pernah tak awak cuba untuk jaga hati lelaki?? berikan hati lelaki itu penjagaan yang secukupnya jika awak nak segala bagai impian awak tu dipenuhi...

....pendekar percaya..tiada lelaki yang sanggup melihat permaisuri hatinya merana bersamanya... namun begitu...jika anda rasa anda lebih baik dari lelaki... lebih bagus dari lelaki...lebih kaya dari lelaki...lupakanlah kebahagiaan yang anda idamkan untuk hidup bersama lelaki...kerana tiada kebahagiaan yang diperuntukkan buat perempuan yang tidak mahu merendahkan sedikit dirinya kepada lelaki yang berhak terhadapnya...

...belailah hati lelaki...jika dia sedang berduka, temanilah dia...jika dia sedang gembira , raikanlah untuknya...jika dia sedang buntu...berikan pendapat anda dengan hikmah kepadanya... belailah hati lelaki dengan kelembutan anda...kerana sifat lelaki itu adalah keras sejak azali...wallahua'lam...

......sekian dahulu kali ni ye awak-awak....entry ini akan bersambung.... nantikan sambungannya... (^_^)
4 Komentar untuk "Kerana Dikau Perempuan... Bahagian 1"

mesti ada plus and minus untuk mendapat 100%. credit to Pendekar Berkuda atas entry ini.

sinopsis : wanita impian lelaki.

p/s : wanita cermin lelaki; maksudnya lelaki baik, wanitanya pun insyaallah baik.

wallahua'alam

to pendekar.....nice!!!!
suka2 info tersebut...
senyum seindah suria!!!
sngt sporting itu psgn

tapi dalam perkahwinan itu memerlukan pasangan saling berkompromi..

sekiranya wanita perlu menjaga hati lelaki, maka lelaki juga seharusnya menjaga hati wanita..

barulaa aman rumahtangga..hehe..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD