Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Janganlah Halang Orang Lain Nak Laju....

...entry ini adalah kupasan tentang kemalangan-kemalangan yang berlaku di jalanraya-jalanraya seluruh malaysia... apa yang pendekar paparkan di sini hanyalah pandangan peribadi...jika ada yang terasa, makan hati berulam jantung...pendekar tidak akan bertanggungjawab...

...Hari demi hari... makin banyak kereta-kereta yang disumbat-timbun-kumpulkan di jalan raya di seluruh malaysia... hatta kalau di kira... seorang rakyat malaysia memiliki sebuah kereta...itu secara umumnya...kalau secara statistiknya yang tepat..sila rujuk JPJ okay...ataupun tanya Encik Google... pendekar keberatan nak cari maklumat tentangnya kerana entry ini hanyalah kupasan isu ini...

JANGAN HALANG ORANG NAK LAJU....
...okay? dah nampak kan tulisan besar2 di atas ni?? ini lah faktor utama kepada kemalangan di seluruh negara....menghalang kenderaan lain yang bergerak laju... kenapa pendekar sebut tentang ini...kalau kita tak halang dia dari bergerak laju...sudah pasti kemalangan boleh dielakkan... hukum newton ketiga telah menyatakan demikian...begitu juga hukum perlanggaran... ala...yang selalu kita baca dalam buku sains dan fizik masa sekolah dulu tu...

...dah tahu kita pandu slow-slow buat apa nak bawa di lorong kanan pula?? konon nak tunjuk kecantikan-kemahalan-kecanggihan kereta kita ek?? haiyya bro...u kalau mau tunjuk u punya keleta aaa...u pergi itu roadshow la... u moleh dapat itu piala juga maaa... ini tidak... letak akal fikiran di bawah ego-eksyen yang tinggi mengalahkan langit... kereta cantik mana pun, kalau berlanggar parah jugak...kalau kereta parah boleh repair lagi...tapi kalau nyawa melayang siapa nak ganti??

...nasihat pendekar kepada anda... kalau anda tak memotong, silalah memandu di lorong kiri okay?? seperti papan tanda jalan tu..ikut kiri jika tidak memotong... ini tidak...selalu aja pendekar perhatikan situasi memanaskan hati ini... dah lah tak memotong...bawa perlahan pula tu.. ingat jalan tu bapak ko punya ke?? ...haishh...tolonglah ya... pendekar dah serik asyik tengok berita eksiden-segala bagai ini yang dah memakan nyawa dan menelan darah beribu-ribu orang...

...begitulah mentaliti pemandu-pemandu kita... orang nak laju di halang...bila eksiden, salahkan pemandu yang bawa laju... padahal dia yang tak ada otak nak fikir supaya beri laluan kepada pemandu yang bawa laju tu...

...maaf...kalau pendekar agak lancang kali ini...panas hati sebenarnya... asyik-asyik berita eksiden je yang keluar...dah muak dengan polemik semua orang-orang ni...semuanya nak salahkan orang itu..orang ini... padahal jari yang lain tunjuk pada diri sendiri... bagai mengata dulang paku serpih... mengata orang dia yang lebih...

...tepuk kepala hentak kat dinding kalau masih belum faham ya sekalian...
6 Komentar untuk "Janganlah Halang Orang Lain Nak Laju...."

mak aii..garang yer pendekar nie..
tapi kuda lambat kn????? so kiri2...

takot :( sob2.. anta i balik umak i... kah!!!
seyes aku terase dgn n3 ni.. sebab umah aku mmg byk dulang.. aku mmg suke ngata org...kah3jahat x aku???

@S.U.R.I.A. hehee....kuda tak payah nak rebut2 pakai jalan raya tu...kuda lebih nikmat melalui jalan rumput..haha

@Gayahspears gayah spears memang... ngaku sendiri pun memang.. nangis?? tak yah la nak perdaya pendekar cik gayah oit...

BERLAKON JE TU...haha..

yg ini gua sokong. yg kereta lawa2 la yg sllu buat hal. saja nak menunjuk2. xD

@JRY sabar je la JRY...semoga siapa-siapa yang berperangai macam ni akan sedar....amin...

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD