Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Info Kereta : Lancer CrossOver / ASX

....Assalamualaikum sekalian....dan salam satu malaysia juga...(^_^)...mudah-mudahan anda sentiasa sehat sejahtera....

...entry kali ini pendekar akan membuat sedikit ulasan mengenai kereta... dan maklumat yang perlu anda tahu mengenainya...kerana keyword pendekar untuk semalam adalah Lancer ASX dan Ulasan tentang Mitsubishi Pajero Sport....huhuhu...ada juga yang datang ke blog Pendekar Berkuda dengan mencari info mengenai kedua-dua kereta itu ya... untuk tidak menghampakan mereka di lain hari...pendekar ingin berkongsi dengan anda sekalian mengenai Lancer ASX setakat yang pendekar tahu sahaja okay....

...Lancer CrossOver atau di Malaysia dikenali sebagai ASX (tak tahu kenapa pengeluar malu-malu nak letak nama Lancer kat depan...padahal kalau tengok design pun dah tahu....) adalah keluaran terbaru Mitsubishi Motor Corporation selain daripada Pajero dan Pajero Sport....

...nak tahu kenapa Mistubishi mengeluarkan kereta ini?? hehe...jawapannya kerana permintaan yang tinggi dalam segmen Utility Sport / Crossover di seluruh dunia termasuklah di Jepun...oleh kerana ia telah dikeluarkan di Jepun terlebih dahulu maka mahu tak mahu dipasarkan juga ke seluruh dunia.... Konsep pengeluaran kereta CrossOver ini lebih kurang sama seperti keluaran Suzuki SX4..dari platform SX4 sedan dan juga BMW X6 dari platform BMW sedan...


BMW X6...juga dikenali sebagai BMW Hamann
SUZUKI SX4
...jika anda perhatikan dengan teliti...anda akan dapati persamaan ciri-ciri ketiga-tiga model tersebut.... perbezaan hanya didapati dari segi keselesaan, kestabilan, kecekapan tenaga, dan ketahanan impak... namun masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri....

...Mitsubishi Lancer SportBacks CrossOver (hereafter Lancer ASX) sesuai digunakan sebagai kenderaan untuk kegunaan outdoor... sememangnya ia dikeluarkan untuk tujuan tersebut...ia sesuai untuk di pandu ketika keluar daerah (outstation) kerana rekabentuk yang lebih kurang sama dengan model-model lain yang di bina di atas platform yang sama dan untuk tujuan yang sama....so, kenderaan ini sesuai untuk mereka-mereka yang selalu pergi outstation mahupun menyertai aktiviti-aktiviti outdoor...

...Dengan reputasi teknologi automotive Mitsubishi...kenderaan ini menjanjikan kepuasan pemanduan yang lebih tinggi...dengan kedudukan chassis ditinggikan dari atas jalan, ruang kargo yang lebih luas, dilengkapi dengan teknologi suspensi MacPherson yang diiktiraf dan digunakan oleh kebanyakan pengeluar-pengeluar kenderaan di seluruh dunia... juga...jarak di antara kerusi pemandu dan penumpang yang lebih besar membolehkan keselesaan yang optimum untuk perjalanan jauh... juga kedudukan kerusi pemandu yang boleh dilaraskan dari atas-bawah-depan-belakang merupakan satu bonus untuk anda memandu dengan lebih selesa...

...Enjin 2.0-liter 16 Valve DOHC MIVEC dengan sesaran 1,998 cc, output maximum 6000rpm and maximum torque 197 Nm / 4200rpm seperti yang digunakan oleh Lancer namun dinaiktaraf teknologi dan kemampuannya pasti akan memberikan kepuasan kepada anda untuk bermain dengan kelajuannya... Handling yang lebih jitu ke atas kenderaan anda sekalipun melalui jalan yang tidak rata merupakan salah satu daripada kelebihannya selain dilengkapi dengan power steering...Sistem gear INVECS - III CVT Automatik yang didatangkan bersama kenderaan ini membantu anda melakukan penukaran gear dengan lebih efisien... dan memendekkan masa tindak balas ke atas roda... sesuatu yang tidak akan anda perolehi jika anda memandu kenderaan yang menggunakan gear automatik biasa...percayalah....

...dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti keyless entry system (sistem masukan tanpa kunci..seperti fungsi Swift baru...) , sistem aircond automatik, reverse camera, central door locking system...airbag pemandu dan penumpang hadapan, serta airbag bagi kawasan lutut pemandu...model ini menjanjikan kepuasan yang optimum kepada pemiliknya...

Ruang kabin yang kemas dan selesa...
Papan Pemuka / Dashboard yang menggamit kejantanan...
...dengan harga atas jalan (OTR) RM140k yang jauh lebih murah berbanding dengan model BMW X6 dan lebih mahal sedikit daripada Suzuki SX4 (saiznya lebih kecil...) kenderaan ini sangat berbaloi untuk dimiliki oleh mereka-mereka yang menginginkan kelainan serta kepuasan pemanduan outdoor... namun begitu....hanya jauhari yang mengenal manikam...hanya pembeli yang sedia mengidam...akan berusaha untuk memiliki kenderaan ini...

p/s : kat Malaysia ni orang sebut ASX....tapi pendekar tak pernah sebut pun camtu...panggil je Lancer CrossOver...hehehe.... sama juga la dengan BMW X6..pendekar panggil BMW Crossover...hehe...lantak kamu lah pendekar ooii...


Pendekar Berkuda - Seungkap Kalimah Bicara Cukup Untuk Menceritakan Segalanya...



3 Komentar untuk "Info Kereta : Lancer CrossOver / ASX"

bagus info nie. sy minat BMW.eheeee

:: farra :: siapa yang tak minat BMW kan?? huhuhu...harga BMW X6 tu lebih setengah juta ringgit malaysia tau.. ahaks..

salam pendekar! ape perbezaan di antara lancer 2.0 dgn lancer cross over ni? tq

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD