Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Blogspot dan Domain : Suatu Perbandingan

...assalamualaikum dan salam 1Malaysia...(^_^)..

..pendekar harap anda sekalian sihat dan penuh tenaga untuk menempuhi hari yang mendatang...hehe...okay...okay...pada entry kali ini pendekar nak layangkan mengenai Blogspot dan Domain : Suatu Perbandingan....

...Apa itu blogspot?? Entity ini merupakan salah satu dari platform penulisan maya yang paling mendapat sambutan di kalangan komuniti blogger...kenapa dan mengapa platform ini dipilih atau lebih tepat lagi kenapa kita memilih platform blogspot sedangkan masih banyak lagi platform2 lain seperti wordpress , Joomla , dan segala bagai platform yang boleh digunakan...jawapannya adalah kerana platform ini paling mudah untuk dikendalikan dan juga lebih dikenali daripada platform-platform lain... selain itu, kebanyakan widgets yang ada di dalam komuniti blogger lebih menjurus kepada platform blogspot seperti templates and so on...Lagipun blogspot ini lebih mesra pengguna...jika anda salah seorang daripada pengguna blogspot...anda pasti akan bersetuju bukan?? (^_^)..

...dan apa pula itu domain ???

A domain name is an identification label that defines a realm of administrative autonomy, authority, or control in the Internet.
...maksudnya dengan bahasa yang lebih simple dan mudah difahami, domain merupakan suatu identiti yang membolehkan pentadbiran/admin , autonomi, dan kawalan ke atas identiti tersebut dilakukan oleh pemilik domain....Dengan adanya domain sendiri, anda boleh mengawalselia segala macam perkara yang anda mahukan ke atas blog atau webpage anda sendiri...tanpa perlu terikat dengan segala macam peraturan yang leceh meceh di dalam arena blogspot mahupun wordpress....anda yang menentukan apa yang anda mahu diletakkan site yang dimiliki oleh anda...seronok bukan?? hehe... jika anda punya kebolehan untuk membuat website sendiri..silakan...selepas itu dapatkan domain yang anda mahu untuk website tersebut... kebiasaannya domain di Malaysia di bina di atas platform wordpress.... dan di host-kan syarikat-syarikat yang berdaftar....
www.[DomainAnda].Com

...namun masing-masing punya kelebihan dan kelemahan sendiri...di mana kelemahan yang paling ketara adalah bandwidth...jika blog atau website anda melebihi bandwidth yang diperuntukkan... ia akan mengganggu kelancaran page anda untuk loading...ada ramai yang mengalami masalah bandwidth ini sehingga pengguna sukar untuk mengakses blog / page mereka...perkara ini boleh juga berlaku selama berhari-hari lamanya...perkara ini sering berlaku kepada para blogger lama yang mana mereka memperolehi hits sehingga beribu-ribu sehari...tak percaya...sila tanya pemilik domain ini... Denaihati.Com ... Ariffshah.Com ... BenAshaari.Com (sekadar menyebut beberapa nama) dan juga ramai lagi blogger-blogger tersohor di Malaysia...

...So, untuk memudahkan mereka mengendalikan page / blog dengan lebih efisien, mereka memilih untuk memiliki domain sendiri...supaya jika bandwidth telah pecah atau melampaui had yang ditetapkan, mereka boleh menambah peruntukan bandwidth ke blog / page mereka... dan ini sangat sukar dilakukan jika blog / page tersebut masih terikat dengan platform blogspot / wordpress....

...begitu juga dengan pendekar...pendekar juga punya keinginan untuk memiliki domain sendiri... cuma keadaan sahaja yang menentukannya sama ada cepat atau lambat untuk pendekar memiliki domain idaman hati...huhu...lagipun setakat ini...bandwidth blog pendekar masih belum pecah...namun kita mesti sediakan payung sebelum hujan bukan?? hehe...

...okay...cukup setakat ini dahulu....terima kasih kerana membaca....wacchaa~~~........(^_^)

p/s : anda pula bagaimana ?? tak teringin ke nak ada domain sendiri??
4 Komentar untuk "Blogspot dan Domain : Suatu Perbandingan"

pendekar..apik pon lamo doh duk teringin nok ado domain sendiri..hehe..

waa~~baru la cheq fhm..

apakah itu domain...

thnks bro pendekar..info yg sgt bagus ni~~

blogspot --> mudah --> free --> lengkap

domain...oww...baru paham...heee tq pendekar!

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD