Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Alexa Ranking : Apa yang perlu anda tahu...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia sekalian...(^_^)

....kali ini pendekar nak kongsikan sesuatu mengenai entity blogger...iaitu ALEXA ....siapa yang pernah dengar dan baca mengenai Alexa ini pasti tahu apakah entity ini sebenarnya... jika anda masih tak tahu tentang Alexa ini... sila tanya Mr. Google okay?? hehe... pendekar masih belum faham lagi tentang bagaimana fungsi Alexa ini sebenarnya...so, pendekar masih belum layak untuk mengajar anda semua mengenainya...tunggulah bila pendekar dah habis study mengenai entity ini okay??
Logo Alexa.Com

...sedikit info yang pendekar nak kongsikan bersama anda sekalian adalah mengenai kepentingan entity ini kepada para blogger...kenapa alexa ini penting kepada kita?? kerana semakin rendah nombor digit alexa ini...semakin tinggi rating kita dalam sistem pengindeksan Google... dalam kata lain..semakin mudah untuk Google mengakses blog kita...dan jika kita ada entry baru...entry tersebut akan terus di indeks oleh Incek Google...dan terus terpapar di halaman utama...hehe...tak percaya?? cubalah search entry terbaru blog Incek Ben atau pun entry terbaru blog Denaihati anda pasti akan percaya pendapat pendekar...

...kelebihan Alexa ini ialah sebagai satu proses penarafan yang diberikan kepada sebarang blog atau laman web yang membolehkan blog tersebut mendapat pautan utama dalam enjin carian... ia tidak lebih penting dari PageRank namun kelebihannya terserlah dari kebanyakan blog-blog lain yang sama tajuk atau keyword dengannya....

....namun begitu...penarafan ini bukanlah bermaksud bahawa blog anda itulah yang terbaik...
boleh jadi info yang dipaparkan di blog anda hanyalah satu info yang cincai-mincai sahaja...dan bukan nya info yang terbaik yang memuaskan hati orang yang bertanya tersebut....info anda mungkin tidak lebih baik daripada info yang diberikan oleh wikipedia.org mahupun yang diberikan oleh para blogger yang lain...namun oleh kerana blog anda memiliki ranking yang baik dalam alexa, blog anda mendapat lebih perhatian daripada blog orang lain...jadi untuk memastikan bahawa blog anda setaraf dengan ranking tersebut, maka pendekar sarankan supaya entry anda mengandungi maklumat yang bermanfaat kepada orang lain tidak kiralah sama ada entry anda itu suatu fakta, cerita, kisah dongeng dahulu kala mahupun kisah masa depan...

...apa yang pendekar nak tekankan di sini adalah mengenai sikap sesetengah blogger yang begitu kemaruk untuk mengejar ranking alexa dan pagerank tetapi mengetepikan peranan utama yang perlu dimainkan oleh mereka dalam memartabatkan maruah, harga diri, kemaslahatan ilmu dan penyebaran maklumat yang tepat kepada khalayak....

"..awak...awak...kalau ranking awak nombor wahid sekalipun tapi isi kandungan blog / page awak langsung tak menampakkan kecerdikan dan kematangan diri awak dalam menulis....blog awak langsung tak ubah seperti blog-blog picisan yang melata di seluruh dunia ni tau...lebih baik dapat ranking rendah tapi penuh dengan isi yang mantap daripada dapat ranking tinggi tapi tak ada isi-isi yang bermanfaat....awak fikirlah sendiri ye..."
  ...kita semua punya tujuan masing-masing dalam berblogging...tak kisahlah nak ceritakan tentang apa-apapun....nak jadikan tempat luahan pendapat ke, diary ke, gedung ilmu ke, cerita pasal keluarga ke, ataupun cerita tentang fakta, lawak jenaka, photografi dan sebagainya.... namun janganlah pula kita sebarkan keburukan masyarakat dan juga menyebarkan keaiban orang lain melaluinya... sama-samalah kita memperbaiki apa yang rosak...menegur apa yang salah...mengkritik dengan membina...dan memberikan cadangan dan saranan yang berguna...

...jangan kita niatkan berblogging ini untuk menghentam si polan bin si polan...menyebarkan aib orang itu dan ini...membuat provokasi...menyebarkan permusuhan.... menyemarakkan semangat perkauman.... menyebarkan fitnah segala....

...mahu tahu kenapa pendekar sarankan ini?? dan kaitannya dengan alexa??  jawapannya adalah....
...jika anda mempunyai rating yang tinggi dalam alexa...tapi entry anda penuh dengan kritikan-kritikan negatif, provokasi dan sebagainya... anda bukan sahaja telah menyebarkan keburukan... malah merosakkan pemikiran para pembaca... malah ia juga pasti akan merosakkan generasi-generasi masa depan.... yang akan mewarisi kepimpinan di muka bumi ini...ingatkan diri anda bahawa bukan anda seorang sahaja yang hidup di muka bumi ini selama-lamanya.... hal ini sering terjadi kepada para blogger politik...tak percaya?? percayalah...anda sendiri sudah pasti tahu mengenainya bukan ??...

...oleh itu...marilah kita sama-sama sucikan niat kita dalam berblogging.... kita set semula pemikiran kita...kita sama-sama merubah kehidupan kita dan orang lain...sedikit demi sedikit....demi untuk melihat keamanan dan kedamaian terus mekar mewangi di tanah tumpah darah tercinta ini... dan keindahan budi terus bercambah di seluruh jagatraya....(^_^)...

p/s : sedikit info mengenai ranking Pendekar Berkuda Dot Blogspot...semasa entry ini ditulis...ranking pendekar adalah 543,600....berbanding kali pertama pendekar check ranking alexa ...8,482,365....hehe... Alhamdulillah... semakin kecil nilainya...semakin bersemangat pendekar ingin berblogging... terima kasih sekalian...(^_^)...

Pendekar Berkuda - Pendekar Terulung Tidak Tercipta Sedetik Cuma
6 Komentar untuk "Alexa Ranking : Apa yang perlu anda tahu..."

panjang betol entry ni...tapi best ar....alexa tu penting gak kalau nak menjamin trafik yang tinggi..

:: Faizal :: tak lah...alexa tu kalau hanya membantu enjin carian mengakses blog anda dengan lebih cepat...

ia hanya rating... bukannya penjamin trafik yang tinggi...

kalau lama tak blogging...sudah pasti rating tu turun mendadak...

boleh kata sebagai satu cara nak promote entry / blog kat seach engine...hehe...

alexa, nombor dua...
first=kandungan dulu kn2... :D

:: izzuddin :: haha..btol2... alexa tu cuma ibarat bila anda dapat markah tinggi...anda dapat ranking lebih atas...kalau rendah markah anda...rendahlah ranking anda... huhuhu...

so...tak ada perbezaan besar sangat pun pada blok anda...sekadar nak tayang ranking kepada blogger lain je la..yang menandakan bahawa ranking blog anda lebih tinggi daripada blog lain...hehehe...

bukan alexa yg ni taw (tnjuk diri sndiri:p ) hehehe

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD