Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

HANDPHONE PENDEKAR HILANG?? KRISIS PENING KEPALA....

....assalamualaikum semua...

pendekar sebenarnya dalam mood sedih sekarang ni...dua buah handphone kesayangan pendekar dah hilang.... =(( .... semuanya kerana kecuaian dan kelekaan pendekar sendiri...tapi yang pendekar lebih sakit hati..hp tu hilang di depan rumah pendekar sendiri...di atas tangga...siapalah agaknya yang ambil ya...

...hp pendekar adalah Nokia 6280 yang sliding tu...hp kesayangan pendekar...dah 3 tahun bersama pendekar... banyak karya-karya puisi pendekar tersimpan di dalamnya...walau banyak kali rosak pun..pendekar sanggup baiki hanya kerana sayangkan hp tu...malah kos baiki dia dah lebih daripada kos beli hp baru..huhu....
Macam inilah hp kesayangan pendekar yang hilang tu...
   ...hp yang kedua pula adalah Nokia E75 yang baru pendekar beli 4 bulan yang lepas... hp ini sangat juga sangat pendekar sayang dan suka kerana boleh online FB dan tengok YouTube serta buat online banking hanya di hujung jari...di hp ini penuh dengan nama-nama rakan yang penting...orang-orang penting...rakan niaga...clients...karya-karya baru pendekar... gambar-gambar kenangan... gambar raya...gambar pendekar bersama rakan-rakan...nota-nota peribadi...yang sangat penting kepada pendekar....sungguh sedih kerana pendekar beli hp ini dengan titik peluh pendekar sendiri.... betapa susahnya baru pendekar dapat memiliki hp idaman hati seperti ini.... (*mood sedih...*) 
HP Nokia E75 seperti yang pendekar pakai...

...dan kerana kehilangan kedua-dua hp ini...pendekar seperti kehilangan punca...tidak tahu hendak melakukan apa-apa...kerana apabila kita telah terbiasa dengan sesuatu...apabila ianya tidak ada dalam tangan kita lagi..kita akan terasa sangat-sangat kehilangan...inilah natijahnya apabila terlalu bergantung dengan teknologi.... hendak tak hendak..mahu tak mahu..terpaksalah pendekar terima dengan redha...apabila hp hilang..kita susah untuk menemuinya kembali....sudah pasti ia sudah bertukar tangan mahupun dah sampai ke kedai...(jadi hp 2ndHand la gamaknya...)

...ada rakan yang menyarankan pendekar untuk menggunakan khidmat bomoh...tapi pendekar tolak mentah-mentah...kerana apa? kerana pendekar tak mahukan perkhidmatan yang terang-terang bercanggah dengan hukum Islam... cukuplah dengan doa sahaja..kerana DIA Maha Pengasih lagi Maha Adil... pendekar redha... semoga dibukakan hati orang yang mengambil hp pendekar itu untuk memulangkannya kembali....Amin... itu sahaja doa pendekar..... yang lain-lain..biarlah DIA yang menentukannya.... Harta yang hilang boleh ditukar ganti...namun akhlak yang buruk..selamanya akan tersemat di hati...sehingga di ampuni...

P/s : sekurang-kurangnya pendekar masih ada laptop Apple ini..yang membolehkan pendekar berhubung dengan dunia luar.... sekurang-kurangnya terubat jugalah krisis pening kepala pendekar...tidak banyak..sedikit pun jadilah....
Semoga Laptop ini tak akan hilang/kena curi..AMIN..



8 Komentar untuk "HANDPHONE PENDEKAR HILANG?? KRISIS PENING KEPALA...."

kalau anis ilang henpon pun memang tak masyuk la life... henpon adlh segala2nya.. hehehe.. sabo je la..

aisey..
cmner leh ilang tue
mmg merana idup tanpa fon tu:p

yer ka..adoii ciannya...sabar ja..

sabar2.. ade rezeki beli tepon lain plak,jage elok2 hee

itu ujian buat pendekar utk meningkatkn keimanan kpdNya..moga pendekar tabah dan redha dgn kehendaknya..Allah ade rncgan yg lagi hebat utk pendekar..:)

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD