Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

"DATUK" PATMANABHAN :: BUKAN DATUK BERGELAR...

 
...assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian....

...ketika kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya semakin menampakkan bukti-bukti dan pembongkaran yang semakin meluas sehingga ke peringkat atasan dan ke arena politik negara...tersisip suatu fakta yang tidak dapat disangkal lagi..."Datuk" Patmanabhan ini bukanlah Datuk yang bergelar rupa-rupanya.... si penjenayah ini rupa-rupanya adalah seorang penipu lagi pembohong besar yang meletakkan "title" Datuk di pangkal namanya.... kita sudah tertipu dengan mainan sandiwara si pembunuh ini... (pendekar merasakan dia tidak layak untuk dipanggil "beliau" disebabkan jenayah kejam yang dilakukannya...)


...merungkai rahsia ini...ketika semakin banyak gelaran-gelaran Datuk disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin untuk mengaut keuntungan dan kepentingan diri sendiri...kita tidak akan tahu sama ada benar-benarkah mereka-mereka yang bergelar ini mendapat pengiktirafan yang sewajarnya dari Kesultanan Negeri ataupun melalui penipuan...kerana kita tiada tempat rujukan tepat dan pantas seperti mana kita boleh rujuk bila kita kena saman dengan polis...hantar "sms" sahaja sudah memadai..


...kerana lompong-lompong yang terdapat dalam institusi-institusi beraja dan juga kelemahan-kelemahan penguatkuasaan...kita tidak akan sedar bagaimana kita ditipu... Institusi-Institusi beraja mungkin sahaja disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk mendapatkan gelaran secara mudah supaya dihormati dan dikagumi oleh ramai pihak....dan memudahkan mereka-mereka ini mendapatkan kepercayaan daripada orang lain... seperti yang berlaku kepada Datuk Sosilawati Lawiya dan teman-temannya...Al-Fatihah buat beliau dan juga Takziah dari pendekar buat keluarganya....


...berbalik kepada topik asal....Si Pathy ini bukanlah datuk bergelar yang sebenarnya...kerana menurut laporan dan maklumat dari pihak polis...tiada Institusi Beraja di negara ini yang menganugerahkan gelaran Datuk kepada Si Pathy ini....menampakkan betapa kemaruknya dia hendak menjadi orang yang dihormati.... sekaligus menghalalkan kerja-kerja jenayah yang dilakukannya...


...Kesilapan kita...kita terlalu mempercayai orang-orang yang mengatakan bahawa mereka ini orang yang bergelar...sedangkan kita tidak tahu dan tidak ada pautan untuk mencari sumber dan maklumat mengenai kebenaran ceritanya...tidak mungkin kita akan bertanya kepada pihak istana kerana sudah pasti kita akan melalui proses-proses birokrasi yang rumit lagi leceh...apatah lagi kita hanya orang biasa...


..mungkin begitu juga agaknya yang berlaku kepada Datuk Sosilawati Lawiya...mempercayai bahawa Si Pathy ini merupakan orang bergelar yang diiktiraf oleh istana sekian-sekian sehingga beliau dan rakan-rakannya terjerat dengan mainan sandiwara penjenayah...dan natijahnya...kita semua tahu apa yang berlaku...


...pendekar mengulas kerana pendekar telah mendapat tahu mengenai fakta ini...kerana sebelum ini pendekar sangat marah kepada mereka-mereka yang memberikan gelaran Datuk kepada si Pathy pembunuh ini....


...cerita selanjutnya..sila KLIK LINK INI....



3 Komentar untuk ""DATUK" PATMANABHAN :: BUKAN DATUK BERGELAR..."

Hahaha..Datuk klon ni bro! Ade hati nak jadik Pengerusi MIC tu..haha..Perangai lebih cam binatang! Agak2 la nk bunuh orang sampai bakar,jangan samakan dengan tradisi lu derr!! ops! terlebih suda!hehe

@zaer : haha...memang sah dah datuk tipu..bukan datuk klon..wekekeke....

hang memang cakap tak tapis der...haha...

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD