Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

:: RESULT KALI PERTAMA :: UNTUK POLL ::



.........ASSALAMUALAIKUM.....Dan Salam Sejahtera buat teman-teman dan pembaca sekalian..tidak kiralah siapa anda.. selamat datang ke entry baru pendekar...hehehe...


...Sebelum itu pendekar nak tanya....berapa ramai yang tahu bahawa pendekar ada buat poll kat bawah tu..bawah blog post...mesti tak ramai kan?? (padan la yang yang vote cuma 7 orang termasuk pendekar sendiri..ekekeke...kantoi sudaaaaahhhh.......hehe~.....) dan kalau ada pun yang tahu pun mesti ada yang segan/malu/taknak terlibat dengan polling yang pendekar letak tu kan?? 
Apa-apapun biarlah pendekar beritahu resultnya okay....


....setelah diteliti seteliti dan seperinci yang mungkin tanpa meninggalkan walau sedikitpun jejak...makaa pendekar mendapati bahawa sebanya 58% atau 4/7 daripada semua pengundi mahu menemui pendekar...... hehehe... kenapa ya? bukan kerana apa... anda mungkin akan merasakan bahawa pendekar di dalam ini tidak sama dengan pendekar yang di luar...mungkin juga sama namun tidak banyak...hehe... dan juga pendekar masih belum lagi mahu menonjolkan diri selagi tidak menceritakan siapakah diri pendekar.... harap sabar ya teman-teman...hehe...


...keduanya....dengan setiap pengundi mahu mengetahu siapakah pendekar...menyukai puisi pendekar...dan juga menyayngi pendekar..(yang ni pendekar yang undi diri sendiri...ekekeke... mestilah pendekar sayang dengan diri pendekar sendiri...kan kan kan??? ...ekekeke.....)


..seorang pembaca mahu mengetahui siapakah pendekar...
pendekar akan luangkan masa menulis mengenai diri pendekar di sini... berselang-seli dengan entry-entry yang pendekar hendak paparkan...


Yang meminati puisi pendekar pula...sebetulnya pendekar memang suka berpuisi dan bermadah..kerana ianya bisa menenangkan hati dan fikiran pendekar.... dan puisi pendekar melambangkan perasaan pendekar di kala itu....kebanyakannya berkisar tentang cinta dan kehidupan...harapan dan janji....kegembiraan dan kesedihan....terangkum dalam puisi yang pendekar cipta... namun pendekar tidak dapat melakukannya di sini,,,mungkin keadaan  dan situasi masih belum mengizinkan....hehe....dan apabila pendekar berpuisi... nikmatilah ya.... jika ingin mengkritik..kritiklah yang membina...(^_^)...


....yang menyayangi pendekar..iaitu diri pendekar sendiri...kerana apa?? pendekar sangat menyayangi diri pendekar..... kerana tanpa diri pendekar..siapalah pendekar bukan...tanpa diri pendekar juga....tidak mungkin pendekar akan hadir ke mari bersama-sama anda sekalian berkongsi suka dan duka...saat tawa dan ceria...ekekeke....dan kehadiran pendekar juga telah menyebarkan istilah-istilah baru kepada anda sekalian..istilah2 yang anda jarang lakukan dan tuliskan ketika berblogwalking...ekekeke...


..dan selepas ini..nikmatilah keindahan dunia puisi pendekar..... jika tidak indah juga... maafkan pendekar ya...ekekeke....kerana pendekar bukan sasterawan..hehehe....


KERANA KAMU ADA

pada bait untaian kata-kata...
di sebalik indahnya budi bahasa...
daku terpaku pada pesona...
yang indah di tabir mata....

ketika cerahnya langit malam...
dihiasi terangnya cahaya bulan...
dipagar bintang yang cemerlang...
menemani hati-hati yang rawan....

sungguh pada kata...
indahnya budi bahasa...
aku terpaku dalam sirna...
cahaya cinta yang tercipta...
saatnya jiwa kita...
terikat tanpa kata....
namun hati merasai segala...
indahnya ketika dia ada...

dan kerana kamu ada...
aku terlontar ke sini...
megah berdiri tanpa peduli...
siapa yang berdiri di depanku kini...

dan demi sesungguhnya...
kerana kamu ada...
aku berani untuk bersuara..
kerana dirimu yang tercipta...
untukku yang meminta....

kerana kamu ada...
wahai DUNIA MAYA....
terima kasih yang tak terhingga...

(Pendekar Berkuda)


5 Komentar untuk ":: RESULT KALI PERTAMA :: UNTUK POLL ::"

pendekar!echah vote nak jumpe gak smlm..hehe
sbnrnya nak tau sapa la pndekar melayu ni....ehehe:)

Sebenarnya rasa keliru dgn poll itu, sebab tu x jawab.. sbb dipangkah.. sepatutnya di tick tanda betul.. err.. pandangan je ni..

hek3...sy dh pangkah2 pown...ada gak keliru 2...tp try jerk...kih3

hehehe...terima kasih kerana sudi vote ya...hehe

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD