Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

PENDEKAR YANG TERLUKA

Credit to Yasrifananda.Wordpress.Com
...Maaf..tajuk yang hamba utarakan langsung tiada kaitan dengan apa yang bakal hamba tulis... namun begitu...hamba ingin juga terpaksa juga mengaitkannya dengan apa yang bakal hamba tulis...

pendekar yang terluka...sudah pasti ramai yang tahu maksudnya bukan?? mungkin terluka fizikal mahupun mental... jasmani mahupun rohani... kelukaan jasmani masih boleh diubati..namun apabila melibatkan kelukaan rohani...hanya kita sendiri yang mampu mengubatinya.... itupun jika kita punya keinginan untuk sembuh....

namun apa yang sebenarnya ingin hamba utarakan di sini hanyalah tentang Ramadhan Al-Mubarak..mungkin sudah ramai di kalangan Teman-Teman Blogger sekalian yang memuatkan entry tentang Ramadhan ini...sehingga jika dikira mungkin lebih banyak dari entry mengenai bulan-bulan yang lain....hamba pasti ini...syukran...

entry hamba ini mengenai mereka-mereka di sekeliling kita yang langsung tidak menghormati kehadiran dan kesucian Ramadhan yang mulia ini... jika anda rajin meliarkan mata anda di sekeliling...anda akan temui pelbagai ragam manusia yang tak faham atau buat-buat tak faham tentang puasa...sebentar tadi..ketika hamba sedang menunggang Nouvo LC (maaf..sengaja iklankan..hehe..) hamba... kebetulan di depan hamba ada penunggang motosikal EGO.... dia menunggang hanya dengan sebelah tangan dan sangat perlahan.... hamba cuma terfikirkan bahwa dia mungkin sengaja... namun ketika hamba mampir dan melepasinya...hamba toleh ke kiri dan ketika itu jugalah hamba lihat si polan bin polan itu dengan begitu selamba dan dengan muka tak bersalahnya MENGHISAP ROKOK!....


astaghfirullahal adzim.... sungguh mudah manusia-manusia seperti itu menghina kemuliaan Ramadhan... hamba tidak membangkang jika mereka yang tidak mahu berpuasa seperti itu makan atau minum.... namun janganlah dilakukan di khalayak ramai.... janganlah ditunjukkan kepada orang lain... hamba sangat sedih..kesal..marah...dan kecewa sekali dengan saudara seagama yang bersikap seperti itu... semoga ALLAH memberikan hidayah kepada kita dan mereka... AMIN....
 
0 Komentar untuk "PENDEKAR YANG TERLUKA"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD