Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

PENDEKAR BERKUDA = SOUND TROUBLE PERSON....

Bahana jiwang sangat...ekekeke...

...assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger serta penyelidik di sini..pengembara..penchari ilmu..penchari cinta..penchari makrifah...dan sebagainya...semoga anda sihat sentiasa...(^_^)...

...entry kali ini akan sedikit menyentuh tentang diri pendekar.... siapa pendekar?? 

...okay..dimulakan...pendekar dilahirkan dari keturunan kampar dan siak dari sumatera, INDONESIA....maaf jika ada yang menjadikan ini sebagai suatu isu....terutamanya kepada mereka-mereka yang memandang isu INDONESIA-MALAYSIA sebagai isu yang sangat menjengkelkan lagi jijik ....kita berhenti setakat ini tentang isu ini..kerana jka diteruskan mesti tidak akan cukup ruang untuk menulis....


.....ibu dan ayah pendekar merupakan perantau untuk mencari sedikit rezeki...walaupun kehidupan di kampung sudah lebih dari cukup untuk menampung keperluan hidup mereka...arwah abah pendekar lebih suka merantau....dan dari situlah beliau tiba ke sini.... sedikit selitan..ayah pendekar telah meninggal dunia pada bulan OGOS 2004 ketika pendekar masih menuntut di UTMKL Jalan Semarak....dan bulan ini genap 6 tahun arwah meninggal dunia...ALFATIHAH...semoga rohnya dicucuri rahmat ILAHI..AMIN....


...pendekar diahirkan di Kg Melayu Majidi, Johor Bahru, Johor pada 11 September 1985 pada jam 11.05 pagi.... pendekar berterus terang sahaja tentang umur dan usia... tak perlu berahsia...tiada maknanya berahsia...namun tentang nama pendekar...harap maaf ya..pendekar masih belum bersedia untuk memberitahu anda semua....semasa pendekar berusia 10bulan...ibu dan ayah pendekar berpindah ke Temerloh, Pahang.... dan sejak dari itu pendekar terus menetap di sini.... 


...pendekar mempunyai seorang kakak yang tua setahun 5bulan dari pendekar.... 7 orang adik... 2 lelaki dan 5 perempuan...dan juga 2 orang adik perempuan berlainan ibu....


...semasa berusia 8 tahun, pendekar telah menghidap demam panas dan kerana penyakit itu, urat saraf pendengaran pendekar mengalami kerosakan....dan kemampuan pendekar untuk mendengar telah terbatas.... sejak itu bermulalah kehidupan pendekar sebagai seorang yang mempunyai masalah pendengaran....


....sekarang ini, pendekar memakai alat bantuan pendengaran yang berharga rm4000 setiap satu di kedua2 belah telinga...sangat membantu....walaupun kadangkala kemampuannya juga ada hadnya....


..okay..pendekar mendapat pendidikan awal dari darjah 1-4 di Sekolah Dasar Negeri Rempak, di kampung pendekar di Siak sebelum pendekar berpindah sekolah ke sini di SK Bandar Temerloh selama 3 bulan sebelum berpindah ke SK Tanjung Lalang Temerloh, Pahang sehingga tamat UPSR...


...seterusnya pendekar melanjutkan pelajaran ke SMK Abu Bakar Temerloh dari Tingkatan 1-5..dan sebentar di SMK Temerloh untuk menuntut Tingkatan 6 selama 3 bulan sebelum mendapat tawaran melanjutkan pelajaran diploma di UTM Kuala Lumpur Jalan Semarak...siapa2 student UTMKL...salam hormat dari pendekar....(^-^)


...pendekar kemudiannya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UniKL-MFI di Bandar Baru Bangi...Selangor untuk peringkat ijazah namun pendekar tidak dapat menghabiskan pengajian atas masalah peribadi dan kewangan.... benar2 rasa kesal namun apa boleh buat..bayangkan tiga semester di sana..hanya tinggal 3 semester lagi...namun terpaksa berhenti.... =(

...sekarang ini pendekar menjadi Sales Advisor untuk kereta...Financial Consultant....Insurance Agent.... and dealer untuk barang2 elektrik dan elektronik... semuanya in bukan senang untuk pendekar dapati....kerana terpaksa berdepan dengan bermacam halangan dan persepsi negatif dari pelbagai pihak yang meragui kemampuan pendekar kerana kecacatan kekurangan yang pendekar alami....


...syukur..ALLAH masih menyayangi pendekar..alhamdulillah...


..cukup setakat ini penerangan tentang diri pendekar..nak tahu lebih lagi?? kemukakan soalan di ruangan komen ya...JAZAKALLAHU KHAIRUN!

5 Komentar untuk "PENDEKAR BERKUDA = SOUND TROUBLE PERSON...."

salam,
Saya rasa Pendekar made the right move dengan menceburkan diri dalam bidang sales. Banyak yang kita dapat belajar bila berhadapan dengan bernacam ragam pelanggan.

Anda di Tag

http://akuiza.blogspot.com/2010/08/tag-dari-ma.html

Jom ambil

kekurangan bukannya penghalang utk pendekar mencapai kejayaan.. :) salam kenal ^_^

Pernah belajar bahasa isyarat? Ini satu keistimewaan, jika PB tahu maksudnya ada kelebihan berbanding orang lain.

Masih berminat mau menyambung pengajian? Atau mahu terus bekerja?

mungkin pendekar leh amik pjj study hujung minggu...kerja still boleh diteruskan :)

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD