Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

MERDEKA DARI KACA MATA PENDEKAR...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

...Assalamualaikum teman-teman....dan juga rakan-rakan pembaca sekalian... Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ! Apakah yang anda sekalian lakukan di malam merdeka ini ya??

...syukur...kita masih lagi bebas dan bergelar rakyat kepada sebuah negara yang merdeka....
 ...dan pendekar ingin mengulas dan memberikan pendapat sendiri dari kacamata pendekar tentang kemerdekaan kita pada entry kali ini....

..saban tahun kita meraikan Hari Kemerdekaan...Saban tahun juga kita menyambutnya dengan pelbagai ragam, acara dan persembahan....namun yang terpenting dan yang paling atas sekali ialah bagaimana kita menafsirkan kemerdekaan itu sendiri dari sudut diri kita...

...kenapa ya...di sebalik laungan kemerdekaan itu...kita telah mencemarkannya dengan pelbagai ragam2 dan kelakuan yang melampaui batasan... jika anda buka mata dan pasang telinga... anda akan dapati bahawa banyaknya kecacatan yang dibawa oleh malam merdeka ini... kerana di malam merdeka inilah juga segala masalah sosial mencapai titik kemuncaknya.... pendekar harap anda faham apa yang pendekar maksudkan kerana pendekar tidak mahu menceritakan dengan panjang lebar tentang masalah ini.... kerana bukan itu tujuannya pendekar menulis entry kali ini....

...Situasi malam merdeka..di mana kebebasan muda mudi mencapai kemuncaknya memandangkan esok harinya adalah cuti umum...maka berlambaklah "couple2" , "golongan hedonisme" , "mat2 rempit" dan sebagainya menunjukkan kehandalan dan kehebatan masing2 yang tidak terfikirkan oleh kita....malam ini merupakan malam di mana gerombolan pelaku kejahatan dan maksiat yang paling besar berpesta dan bersuka-sukaan dalam jumlah yang besar...jika anda tidak setuju dengan pendekar...ABAIKAN entry pendekar kali ini....



...keesokan harinya...anda akan lihat semuanya kembali seperti sediakala kononnya....namun kesan dan akibat dari malam sebelumnya akan muncul sedikit demi sedikit dan kemudian akan menjadi lebih besar dan parah apabila tibanya hujung tahun dan seterusnya berulang lagi sehingga tahun2 berikutnya.... percayalah...ini bukan pendapat pendekar...namun adalah hasil dari pemerhatian dan pengalaman pendekar sendiri melihat situasi dan keadaan semasa....







...kenapa..ya..kenapa masalah ini tidak dapat diatasi??

..jawapannya ada dalam pengisian malam kemerdekaan itu sendiri... di mana kita lebih diwar-warkan dengan pelbagai jenis acara dan pesta2an yang berunsurkan hedonisme tanpa menumpukan bagaimana untuk membina jati diri jiwa2 muda dan belia supaya menjadi satu generasi yang bukan sahaja mampu menahan dan menghadapi cabaran dunia..malah mampu berdikari di atas kaki sendiri tanpa perlu dipimpin dan dibantu oleh orang lain....


...pendekar tidak mementingkan sambutan kemerdekaan pada hari esoknya kerana ianya tidaklah begitu penting....tidak lebih daripada untuk menutup kecacatan yang ada pada malam sebelumnya...pendekar nampak segala perkara yang memberi kesan yang tidak sedikit kepada generasi pewaris negara wujud hanya di malam merdeka!... tidak pada hari2 lain!....generasi ini menafsirkan malam merdeka sebagai suatu malam di mana mereka boleh sebebas2nya melakukan segala yang dikehendaki secara beramai2!... dan kemudian akan berpecah menjadi sedikit2 sebelum kembali beramai2 semula pada kali yang seterusnya dan seterusnya....


....kebebasan tanpa batas inilah yang merosakkkan jiwa2 mereka...pendekar suka untuk memetik satu ucapan oleh Hassan Al-Banna :

"...jika aku bisa mengumpul sejumlah pemuda....
aku tidak mengharapkan dengan ramainya bilangan mereka... "
...persoalan disini..kenapa beliau tidak memerlukan pemuda yang ramai bilangannya?? Ini kerana apa gunanya pemuda yang ramai jika hati mereka penuh dengan semangat cintakan dunia?? Umpama pemain bola sepak..jika pemainnya langsung tidak tahu bagaimana bermain bola..strategi dan semangat untuk menang langsung tiada..bagaimana mereka bisa menang?? sudah pasti pasukan akan tewas dengan jumlah jaringan yang besar....

..Kesimpulannya...jika anda mahu melihat masa depan negara kita untuk sepuluh tahun lagi...lihatlah kepada belia hari ini.... dan kemuncak penelitian anda adalah di malam kemerdekaan.... 
...Rasanya Pendekar tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia... ! ! ! (^_^) 

...Hayatilah dan isilah kemerdekaan itu dengan suatu iltizam dan azam yang terbaik....(^_^)

7 Komentar untuk "MERDEKA DARI KACA MATA PENDEKAR..."

Dlm maksudnya tuh! CgMas hanya berupaya memelihara diri sendiri, keluarga.. nasihat murid2.. selain dr tu, berdoa supaya pemimpin kita mampu mengubah negara ke arah yg lebih baik dgn menerima nasihat agama dr ulama ahlussunnah dan mempraktikkannya.

selagi khilafah islamiyyah tak tertegak, selagi tu lah kita tak mampu utk merasai kemerdekaan yg sebenarnya..~

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus

merdeka pada nama saja tp tidak pada jiwa...

merdeka pada nama saja tp tidak pada jiwa...

tgok je brite tadi ha..memang mat rempit suke sgt mencapap wat hal..haih..tp nak wat cmna ..sian pon ade..dorg kan kureng kasih syg...ish2...tp harus ditagkap disebat bg pgjaran~~0_=

Selamat Hari Merdeka to you! Semoga rakyat Malaysia lebih matang dan elok dari sekarang.. :)

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD