Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

MENEROBOS RUANG MAYA

Aku,
menerobos ruang maya…
Untuk mencari makna…
Sebuah kehidupan yang tercipta…
Di balik sejuta wajah..
Yang bertebaran di keluasan ruang maya…

Dia,
Menerobos ruang maya…
Demi mencari kegembiraan yang tertera…
Di sebalik sebuah dunia maya…
Demi menghilangkan resah di hatinya…

Kamu,
Menerobos ruang maya…
Untuk mencari….
Ilmu yang tercipta….
Dalam sejuta halaman yang terhampar….
Membongkar rahsia ilmu yang tersimpan….

Kalian,
Menerobos ruang maya…
Untuk mencari impian yang di damba…
Di sebalik ruang yang tersingkap…
Demi bahagia yang cuba untuk di dakap…

Mereka,
Menerobos ruang maya…
Demi mencari penenang buat jiwa….
Di sebalik indahnya ruang maya….
Pendekat untukmu kepada-Nya…

Kita,
Menerobos ruang maya…
Demi membongkar segala rahsia…
Kerana di dalam ruang maya…
Tersimpan sejuta rahsia….

Nikmatilah keindahan ruang maya...



0 Komentar untuk "MENEROBOS RUANG MAYA"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD