Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

ISLAM DAN KEHIDUPAN YANG DIPISAHKAN

....sangat sukar untuk memejamkan mata..ketika berbagai-bagai perkara bermain di dalam minda.... Jadinya... betapa ingin hamba kupas sedikit cuma tentang ISLAM dan pengaruhnya dalam kehidupan manusia....


betapa ramai yang mengaku dirinya ISLAM....betapa ramai yang mengaku bahawa ALLAH tuhannya dan Rasulullah S.A.W Rasulnya....namun betapa ramai yang cuma melafazkannya namun tidak menzahirkan perkataannya itu dengan tindakan-tindakan dan perbuatan-perbuatan yang mencerminkan bahawa dia merupakan seorang ISLAM....

Hamba bukanlah seorang yang cukup ilmu untuk berbual tentang akidah..tasawuf..sufi..fiqah dan sebagainya...namun begitu hamba juga bukanlah seorang yang tidak tahu membezakan antara kebenaran dan kepalsuan... antara yang haq dan batil....

Jika anda sekalian melihat sekeliling...memerhati persekitaran anda... membaca dan mendengar berita-berita...maka hamba pasti anda melihat..mengetahui dan membenarkan pendapat hamba...betapa ISLAM kini telah kian jauh dari diri penganutnya....

Kronologi kes-kes rogol..bunuh...sumbang mahram...zina...buang anak...rasuah...salahlaku pemimpin dan sebagainya telah sedikit sebanyak menyumbang kepada kebenaran pendapat hamba....kerana semua ini telah menyebabkan ISLAM dipandang rendah oleh penganut-penganut agama lain....malahan oleh umat ISLAM sendiri....

Inilah akibatnya apabila ISLAM itu dipisahkan dari kehidupan seharian... umpama memotong sayap burung yang sedang terbang.... dengan alasan kononnya ISLAM itu tidak akan dapat membantu kita menjadi kaya...berpengaruh...berkuasa....popular...dan lain-lain lagi keadaan yang 'hamba' pasti akan melahirkan perasaan riak, takbur dan angkuh dalam diri kita....

ketika kita ditimpakan dengan musibah...kita tersedar seketika...dan bermulalah sikap kita yang langsung tidak menyumbang kepada penyelesaian malahan lebih tepat jika 'hamba' katakan bahawa kita memiliki sikap "hangat-hangat tahi ayam".... kenapa tidak?? ketika kita dibebani dengan pelbagai isu tentang gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat.... kita semua sudah pasti akan mula menyuarakan pendapat..mula salah menyalahkan..memulakan polemik-polemik....bersidang dan bermesyuarat....mengutarakan langkah-langkah dan cadangan untuk mengatasinya.... dan kemudian??
Pelaksanaannya hanyalah ibarat melepas batuk di tangga.... kepanasan isu itu juga hanyalah bersifat hangat-hangat tahi ayam juga.....

kenapa tidak?? ya...kenapa tidak....kita pikul tanggungjawab ini bersama-sama....tanpa perlu mengenal erti penat dan lelah... tanpa perlu mengaku kalah dengan sikap pesimis masyarakat...tanpa perlu lemah dengan cabaran-cabaran yang dihadapi....kerana kita...menelusuri jalan Pemimpin Agung kita...Rasulullah S.A.W......yang lebih perit lagi jalan dakwahnya...

Percayalah....perjuangan kita...segala yang kita lakukan untuk memperjuangkan kembali nilai-nilai ISLAM...menyedarkan kembali masyarakat supaya kembali kepada kehidupan ISLAM.... sekaligus membersihkan kembali nama ISLAM yang tercemar oleh keaiban yang dicipta oleh penganutnya sendiri....

Mudah-mudahan ALLAH S.W.T akan membantu kita untuk meneruskan perjuangan kita..demi kemaslahatan masyarakat...dan bakal penyambung generasi kita...supaya kelak... kita tidak akan menyesal dengan apa yang telah kita perbuat selama di dunia....

INSYAALLAH......



1 Komentar untuk "ISLAM DAN KEHIDUPAN YANG DIPISAHKAN"

Dalam mengubah sesuatu, kita bermula dengan diri kita sendiri, keluarga kita, jiran, masyarakat sekeliling, dan seterusnya negara. Jangan kecundang semata-mata kerana di uji dengan orang yang paling rapat dengan kita. Perjuangan perlu diteruskan, berkorban dan bangkitlah!

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD